Pada awal minggu ini tular kisah sebuah jenama pakaian tempatan didakwa ‘menunggang’ isu rumah tangga Umisya Mazlan dengan memuat naik video promosi di akaun TikTok.
Pada masa sama jenama pakaian itu tidak memberitahu Umisya bahawa suami dan madunya, Aslam dan Marissa turut menjadi model jenama tersebut.
Baca Juga:
- ‘Jangan Pergunakan Adik Saya’ – Kakak Umisya Kecam Jenama Pakaian Ambil Kesempatan
- ‘Ini Baru Betul’ – Netizen Puji Wawa Zainal Pilih Isteri Pertama Aslam Sebagai Duta Tudung
- ‘Memang Sedap Bersangka-Sangka’ – Abby Abadi Respon Kes Anak Yang Tular Di Media Sosial
Perkara itu telah menyebabkan kakak Umisya, Nadiah Mazlan mengecam tindakan tersebut kerana mengambil kesempatan ke atas krisis rumah tangga adiknya.
Terbaharu, netizen ‘meraikan’ kehilangan akaun TikTok milik jenama pakaian terbabit selepas dinyahaktifkan. Kehilangan akaun itu didakwa selepas laporan dibuat oleh pengguna TikTok.
Fuhhhh dasyattnya. Korang report sampai kena banned tiktok jelita tu 😭😂 pic.twitter.com/gqn8qYt3iX
— Caca (@Chapienat) March 8, 2024
Menurut netizen, tindakan itu merupakan satu cara untuk mengajar jenama-jenama produk supaya tidak sewenang-wenangnya ‘menunggang’ isu orang lain untuk menaikkan populariti jenama sendiri.
Pada masa sama tindakan report akaun TikTok itu juga sebagai pengajaran buat para founder jenama pakaian lain supaya tidak memilih individu-individu bermasalah untuk membuat marketing murahan.
Bagus jg. Terlampau jadi trend pula tunggang isu org utk populariti produk sendiri. Biar founder lain segan sikit nk ikut trend tak cerdik ni.
— Nabil Abdullah 🇲🇾🇵🇸 (@Nabil_Malaysia) March 9, 2024
bagus jugak buat gini, lepas ni takde la founder2 gini duk ambik org viral yg bermasalah tuk wat cheap marketing !!!
— izwanjamal (@pawanstoremy) March 9, 2024
Terdahulu, kakak Umisya, Nadiah Mazlan telah memuat naik beberapa IG Story mendakwa adiknya itu telah dipergunakan oleh jenama pakaian terbabit.
Beliau tampil menyelar jenama pakaian itu yang tiada common sense sanggup mempergunakan adiknya untuk promosi baju raya.
Jelasnya, Umisya langsung tidak mengetahui suami dan madunya, turut membuat pengambaran untuk jenama pakaian yang sama.
Umisya hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas jenama pakaian memuat naik gambar madunya.
Nadiah turut meminta jenama pakaian memohon maaf kepada Umisya kerana melukakan hati adiknya yang sudah terluka.