Sejak Umisya Mazlan terpalit kontroversi dimadukan suaminya dengan Marissa Diana, rezeki wanita itu semakin melimpah ruah.

Sebelum ini Wawa Zainal telah melantik Umisya sebagai salah seorang model bagi koleksi tudung terbaharunya.

Baca Juga:

Kemudian, sebuah jenama pakaian turut melamar Umisya untuk menjadi model mereka.

Bagaimanapun timbul kontroversi apabila jenama pakaian tersebut ada mengambil suami dan madunya, Aslam dan Marissa menjadi model.

Menurut kakak Umisya, Nadiah Mazlan mendakwa adiknya itu telah dipergunakan oleh jenama pakaian terbabit.

Sumber Gambar: IG Story @_nadiahmazlan

“Saya pasti kamu semua ada (jenama baju) perasaan, ada hati, ada common sense, akhlak dan ambil peduli tentang perasaan orang lain.

“Untuk pengetahuan, Misya memang tak tahu langsung yang waktu shoot produk itu, perempuan ini juga shoot produk yang sama.

“Dan bila dah sampai tempat casting baru tahu. Pada masa itu juga telah diberitahu jangan post benda-benda yang boleh melibatkan mereka berdua (Misya dan Marissa).

“Saya kakak kepada Umisya, saya komen ini sebab saya perlu pertahanakan adik saya. Jangan jadikan bahan ini sebagai marketing kalian — Tolong jadi manusia yang punya ihsan terhadapan manusia lain,” ujar Nadiah dalam satu hantaran Instagram jenama pakaian tersebut.

Sumber Gambar: IG Story @_nadiahmazlan

Menurut salah seorang warganet, semasa Umisya membuat penggambaran, suami dan madunya tidak ada di lokasi.

Umisya hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas jenama pakaian memuat naik gambar madunya.

Tambah netizen itu lagi, Umisya pasti akan menolak pelawaan jenama pakaian tersebut. Ini kerana ada satu lagi jenama lebih besar menjemputnya, namun Umisya menolak selepas madunya turut terlibat dengan jenama berkenaan.

Dalam pada itu, Nadiah meminta jenama pakaian memohon maaf kepada Umisya kerana melukakan hati adiknya yang sudah terluka.

Beliau serta adik-beradik lain sedia pertahankan adik mereka, Umisya. Ini kerana ibu mereka sudah memberi amanat.

“Mak selalu pesan, jaga adik awak dan tengok-tengokkan adik awak kalau mak dah tiada dalam dunia ini. Jangan lupa pesan mak,” ujar Nadiah.