Isu kontroversi yang melibatkan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania masih lagi menjadi bualan orang ramai terutama sekali muncul dakwaan Marissa telah berkahwin lari.

Terbaharu, Abby Abadi dalam satu temu bual mengakui bahawa anaknya Marissa memang telah ke Thailand untuk berkahwin seperti dakwaan yang tular baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya memperakui Marissa dan Aslam menikah di Thailand. Sijil nikah mereka ada pada saya. Cuma saya mahu mereka selesaikan isu ini. Daftar pernikahan di Malaysia, sahkan ia kerana kita tinggal di Malaysia.

“Saya bimbang pernikahan di Thailand sah atau tidak sebab itu saya minta mereka daftar pernikahan di sini. Selesaikan benda yang belum selesai.” ujar Abby.

@astrogempak

Dah nampak dekat cctv tapi dah terlambat nak halang😔, semoga Abby Abadi dan keluarga tabah hadapi semua ujian ni🥲 Nantikan video penuh GMW: Motif Trending 🗓️ Setiap Isnin 📱 Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #GempakMostWanted tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM41.99/bln (JIMAT 30% – tawaran terhad dengan langganan auto-debit. Harga Asal: RM59.99). WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838. #MotifTrending #GMWMotifTrending #GempakMostWanted #GempakMostWanted2024 #AstroBaharu #TakMacamDulu

♬ original sound – Gempak – Gempak

Bukan itu sahaja, Abby turut menceritakan kronologi bagaimana anak perempuannya itu boleh ‘hilang’ dan bernikah senyap-senyap di Thailand bersama Aslam.

Katanya, dia mula sedar perkara itu melalui rakaman CCTV namun sudah terlambat. Tambahnya, Abby berjaya mengetahui keberadaan Marrisa di Thailand ketika itu melalui bantuan rakan polis.

“Saya tak tahu. Memang di luar jangkaan. Saya balik hari tu, suami tengok CCTV ada kawan perempuan Marissa di rumah. Lepas tu baru saya tahu dia dah terlepas ke Thailand.

“Rupanya dia letak kawan dia dekat rumah macam ganti dia supaya tak tahu dalam bilik tu tak ada orang. Sangat-sangat tak terjangka di akal.” ujar Abby.

Terdahulu, dilaporkan Marissa Dania dengan Aslam bernikah di Thailand tanpa pengetahun keluarga pada 27 Disember lalu dan pasangan itu dikatakan bernikah ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya sedang menunaikan ibadah umrah.