Kecoh pada pagi ini apabila seorang wanita menerusi laman X, mendedahkan serta mendakwa rumah tangganya hancur kerana kehadiran seorang wanita yang dilabel sebagai penyondol.

Lebih panas lagi apabila wanita tersebut dikatakan anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan juga Abby Abadi. Perkongsian yang dibuat wanita ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian ramai sekaligus menimbulkan pelbagai respon di kalangan netizen.

Baca Juga:

Sumber: Instagram @mamayebbyabadi

Terbaharu, Abby Abadi selaku ibu kepada Marissa Dania tampil memuat naik sebuah perkongsian ringkas di Instagram Stories yang memaklumkan akan menjawab spekulasi yang berlaku.

“Memang sedap bersangka-sangka, menambah-nambah cerita dan menunding jari pada orang ni” ulas beliau secara ringkas.

Sementara itu, Instagram Norman Hakim dan Abby Abadi sejak dari pagi tadi terus dihujani dengan pelbagai komen di kalangan netizen yang mahukan jawapan daripada ibu bapa Marissa Dania ini.