Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania didakwa sudah bergelar isteri kedua selepas nikah dengan seorang lelaki bernama Aslam pada Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Susulan itu, kakak kepada isteri pertama Aslam, Nadiah Mazlan meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi kepada adiknya, Misya Mazlan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Nadiah, Misya langsung tidak membuka mulut mengenai perkahwinan Aslam dengan Marissa malah memilih untuk menjauhkan diri daripada keluarga.

Tambahnya, Misya hanya mengetahui tentang pernikahan suaminya sehari sebelum tiba di Kuala Lumpur dari Tanah Suci Makkah.

“Masa dekat sini aku nampak dia fokus buat ibadah. Segala doanya didengari. Sehari sebelum nak sampai ke tanah air, tahu-tahu diuji sebegitu rupa.

“Riak mukanya? Tenang saja. Air mata? Langsung tak ada.” tulisnya.

Sebagai kakak, dia turut bersedih melihat keadaan adik yang hilang kata-kata dan kepercayaan kepada orang sekeliling. Malah, Dia memohon orang ramai dapat memberi kata-kata semangat buat adiknya semoga dapat bangkit semula.