Anak perempuan Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim memohon maaf kepada semua pihak atas keputusannya bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Aslam secara senyap, Disember lalu.
Dia turut meminta maaf kepada semua pihak kerana mengambil masa yang lama untuk membuka mulut mengenai kontroversi pernikahannya dengan Aslam, lapor Harian Metro.
Baca Juga:
- ‘Letak Kawan Dekat Rumah Untuk Ganti Dia’ – Abby Abadi Dedah Kronologi Marissa ‘Lari’ Ke Thailand
- Abby Abadi: “Aslam Bukan Orang Yang Boleh Berpoligami Sebab Tak Berkemampuan”
- ‘Ini Baru Betul’ – Netizen Puji Wawa Zainal Pilih Isteri Pertama Aslam Sebagai Duta Tudung
“Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit.
“Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
“Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.
Jelas Marissa lagi, keluarganya membuka pintu kemaafan dan menerima kehadiran Aslam.
“Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.
“Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.
“Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu,” katanya.
Dalam masa sama, Marissa enggan menyentuh atau memberi sebarang komen mengenai hubungan dengan madunya, Umisya Mazlan.
“Doakan semoga semuanya baik-baik saja untuk kami berdua,” katanya.