Sharifah Shahirah cukup dikenali sebagai pelakon wanita yang kelakar menerusi lawak-lawak spontan yang dibuatnya.

Baru-baru ini TikTok @tv1_rtm berkongsi sedutan siri sitcom terbaharu yang dikenali sebagai Orang Minyak.

Baca Juga:

Dalam sedutan video itu, Sharifah Shahirah telah membawa sportcar Lotus 3-Eleven untuk menjayakan episod tersebut.

@tv1_rtm

Seorang wanita yang memandu sebuah kereta mewah, berhenti di stesen minyak Pak Wahab kerana ingin menggunakan tandas. Pak Wahab berasa kagum dengan kereta itu dan meminta Rahmat mengambil gambarnya di dalam kereta itu. Apabila pemilik kereta itu keluar dari tandas, dia bersikap aneh seolah-olah menunggu seseorang dan tidak mahu keluar dari kedai Pak Wahab. Kalau nak tahu, kenalah tonton Orang Minyak Episod 8 hari ini jam 2 petang di TV1. Boleh juga strim HD di RTMKlik secara percuma. TV1 TV1anotherlevel OrangMinyak #komedi

♬ original sound – TV1 Malaysia Official – TV1 Malaysia Official

Episod tersebut menceritakan Sharifah Shahirah enggan keluar daripada stesen minyak Pak Wahab, lakonan Ebby Yus.

Sharifah bersikap aneh seolah-olah menunggu seseorang dan tidak mahu keluar dari kedai minyak tersebut.

Rata-rata ramai netizen terkejut melihat pelakon wanita tersebut membawa kereta itu yang tidak mempunyai bumbung, pintu dan cermin.

'Lain Macam Props' – Ramai Terkesima Sharifah Shahirah Bawa Sportcar Semasa Berlakon
Sumber Gambar: TikTok @tv1_rtm
'Lain Macam Props' – Ramai Terkesima Sharifah Shahirah Bawa Sportcar Semasa Berlakon
Sumber Gambar: TikTok @tv1_rtm

Ini bukanlah kali pertama Shahirah memandu kereta tersebut. Sebelum ini beliau pernah memandu untuk pergi ‘beli belacan‘ pada tahun 2021 lalu.

Anda boleh tonton video penuh sitcom tersebut di sini. Memang ada-ada sahaja lawak spotan yang dibuat Sharifah Shahirah.