Sekiranya anda pernah menjamah makanan di warung khususnya di sekitar Kuala Lumpur, pastinya anda pernah melihat serta alami kelibat individu yang majoritinya terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berjalan dari meja ke meja menjual tisu kepada orang ramai.
Situasi tersebut sekaligus cenderung membuatkan orang ramai berasa kasihan serta membelanjakan wang mereka dalam membantu kumpulan yang kurang bernasib baik ini.
Dalam pada itu, tular pula di TikTok @wansitisarah11 baru-baru ini apabila mendedahkan kelibat dua individu terdiri daripada OKU buta bersama seorang pengiring meminta sedekah di warung.
@wansitisarah11 Dh mcm trend cepat kaya plak 🕵🏻♂️🕵🏻#viral2022 ♬ Mission Impossible (Main Theme) – Favorite Movie Songs
Situasi yang dipamerkan ini walau bagaimanapun mulai mengundang kemusykilan para netizen apabila rakaman tersebut memperlihatkan kelibat dua individu ini yang mampu bergerak dengan pantas menuju ke sebuah kereta Perodua Aruz seolah tidak mengalami masalah melibatkan buta.
Selain itu, para netizen turut mempersoal sama ada Perodua Aruz tersebut merupakan kereta yang ditempah menerusi aplikasi e-hailing atau kereta yang disediakan bagi sesebuah sindiket. Berikut antara komen netizen terhadap video yang tular tersebut.
Berdasarkan respon, terdapat netizen yang memaklumkan peminta sedekah ini kadang kala mampu meraih pendapatan yang tinggi malah mungkin lebih tinggi berbanding sejumlah besar orang awam.
Malah, terdapat individu yang memaklumkan beliau lebih selesa sedekah di masjid atau rumah anak yatim bagi mengelakkan keraguan wang yang disedekah. Rakaman secara jelas kelibat peminta sedekah ini sekaligus membuatkan para netizen berterima kasih serta berpendapat tukang rakam layak sertai rancangan 999.
Rakaman yang dibuat nyata menimbulkan pelbagai pertanyaan. Setakat ini, masih belum diketahui sama ada dua individu ini merupakan sebahagian daripada sindiket peminta sedekah atau sebaliknya.
Tular baru-baru ini apabila dimaklumkan JPJ Perak di mana penjaja di lampu isyarat bakal dikenakan denda sehingga RM2,000 secara terus tanpa kompromi.
Tiada Lagi Kompromi, Penjaja Di Lampu Isyarat Bakal Dikenakan Denda Sehingga RM2,000
Ebit Lew Didakwa Membabitkan 11 Pertuduhan Termasuk Gangguan Seksual