Dalam satu hantaran Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini, Sebanyak lapan kes sitaan direkodkan menerusi Operasi KEJA (Kerusi Meja) ini melibatkan barangan seperti meja, kerusi plastik dan rak besi.
Operasi berkenaan memberi tumpuan terhadap peniaga yang meletakkan meja, kerusi serta peralatan niaga lain di laluan awam tanpa kebenaran.
Baca Juga:
- ‘Saya Bukan Penjenayah’ – Tauke Pakistan Meraung, Kedai Diserbu Imigresen & DBKL

- Penguatkuasa DBKL: ‘Satu Permainan Tiada Penghujung, Kami Rampas, Mereka Ada Back Up’

- DBKL Nafi ‘Hacker’ Godam Sistem, Tuntut RM236.17 Juta

“DBKL menegaskan bahawa laluan kaki lima adalah hak bersama untuk kegunaan awam, bukannya ruang perniagaan peribadi.
“Tindakan menceroboh ruang ini bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi turut menjejaskan keselesaan, keselamatan dan kebersihan bandar,” kata DBKL.
Pada masa sama menyeru semua peniaga agar menghormati peraturan, berniaga secara berhemah dan tidak menggunakan laluan awam sesuka hati, demi mewujudkan Kuala Lumpur yang teratur, selamat dan mesra kepada semua.