Sebelum ini, Nas Daily yang merupakan seorang warga Israel dilaporkan telah ‘membeli’ kerakyatan negara Belanda atau negara Caribbean dan kini, kegigihannya mendapatkan pasport itu untuk berkunjung ke Malaysia akhirnya terbayar.
Terbaharu, Nas Daily telah berkongsi di Facebook Story miliknya bahawa dia telah berkunjung ke Malaysia dengan pasport Caribbean untuk ‘day trip’ semalam. Menerusi perkongsiannya itu, dia telah ke Melaka dan menikmati perjalanannya di negara kita.
Baca Juga:
- Kegigihan Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini
- Nas Daily Kantoi Maki Israel Bangsat, Cuba ‘Cover’ Selepas Nampak Kamera
- Ini Sebabnya Warga Israel Terlalu ‘Ghairah’ Mahu Melawat Malaysia Meskipun Diharamkan
@sunduvan01 fb story nash daily 12 jam di malaysia… dia tak pergi KL ker.?
Bukan itu sahaja, dapat dilihat dia sangat teruja dapat berkunjung ke Malaysia dan berkongsi betapa gembiranya dia apabila akhirnya dapat ke Malaysia dengan menggunakan pasport Caribbean.
Perkongsian Nas Daily turut dikongsikan kembali oleh warga TikTok dan mendapat perhatian orang ramai. Rata-rata netizen berseloroh mengatakan akhirnya dia lepas ‘mengidam’ untuk masuk ke Malaysia.
Malah, ada juga netizen yang mengatakan rakyat Malaysia harus tunjuk keunikan dan keharmonian Malaysia kepadanya. Difahamkan, Nas Daily sudah tidak ada di Malaysia dan meneruskan perjalannya ke Dubai pula.