Kecoh baru-baru ini apabila pihak Bank Negara Malaysia menafikan pihak mereka terlibat dengan Quantum Metal selaku salah satu syarikat pelaburan emas yang menjanjikan pulangan yang berganda kepada para pelabur.
Syarikat ini juga turut dikaitkan dengan beberapa isu melibatkan kelewatan pembayaran dan sebagainya sejak akhir-akhir ini.
Baca Juga:
- BNM Nafi Terlibat Dengan Syarikat Quantum Metal
- Bank Negara Malaysia Beri Penjelasan Isu Kadar USD Yang Mencecah RM6.24 Di Google
Terbaharu, seorang pengguna Facebook Amor Black tampil dengan perkongsian yang mahu pihak Quantum Metal segera membuat bayaran kepada beliau yang berjumlah sebanyak RM8,025.89.
Menurutnya, beliau telah membuat termination atau cash out sejak bulan 12 tahun 2023 lagi namun sehingga kini masih belum menerima wang seperti yang dijanjikan oleh pihak Quantum Metal.
Beliau memaklumkan pihak Quantum Metal telah mengeluarkan notis di mana pembayaran akan dibuat pada 31 Mac ini.
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat masa yang diberikan adalah sangat panjang dan beliau mahu pihak Quantum Metal segera membuat bayaran sebelum beliau membuat laporan polis dan sebagainya.
Lelak ini memaklumkan tidak melabel Quantum Metal sebagai scam setakat ini namun setelah panggilan telefon dan emel yang dihantar gagal mendapat jawapan, beliau memilih mendesak pihak Quantum Metal membuat bayaran bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.