Hangat dibincangkan di media sosial sejak semalam mengenai isu pendaftaran anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Isu ini menjadi tular apabila terdapat individu yang tidak pernah mendaftarkan diri sebagai anggota namun disahkan sebagai ahli menerusi laman semakan anggota RELA.

Isu yang berlaku sekaligus membuatkan orang ramai membuat semakan bagi mengetahui mengenai status anggota RELA menerusi semakan kad pengenalan.

Lebih mengejutkan ramai, terdapat individu yang sudah 10 tahun didaftarkan sebagai anggota RELA sejak dari tahun 2011 sekaligus membuatkan orang ramai mempersoalkan bagaimana pihak ini mampu mendaftarkan anggota tanpa izin.

Walau bagaimanapun, terdapat perkongsian di Twitter yang memaklumkan nama beliau yang awalnya disahkan sebagai ahli RELA tidak lagi terpapar pada sistem sekaligus membuatkan beliau menantikan penjelasan daripada pihak yang terlibat mengenai isu ini.

Laman Facebook RELA MALAYSIA juga turut diserbu netizen yang bertanyakan mengenai isu yang berlaku. Tidak kurang juga yang mempersoalkan isu elaun, uniform dan pencerobohan data yang berlaku serta meminta SPRM untuk menyiasat isu ini.

Screen Shot 2021-06-15 at 10.16.05 AM
Sumber: facebook rela malaysia
Screen Shot 2021-06-15 at 10.15.46 AM
Sumber: facebook rela malaysia
Screen Shot 2021-06-15 at 10.21.14 AM
Sumber: facebook rela malaysia

Setakat artikel ditulis, laman semakan anggota RELA tidak lagi dapat diakses untuk membuat semakan berikutan terdapat isu melibatkan proses penyelenggaraan.

Kemas kini: Menerusi kegusaran orang ramai mengenai pendaftaran anggota RELA tanpa izin, pihak RELA tampil menafikan dakwaan menggunakan data peribadi individu lain untuk didaftarkan sebagai anggota secara automatik.

Selain itu, pihak mereka memaklumkan sedia melaksanakan program pemutihan keanggotaan di mana anggota yang tidak aktif selama lima tahun akan ditamatkan keanggotaan. Program ini walau bagaimanapun terpaksa digantung sementara berikutan RELA kini sedang menumpukan usaha untuk melawan wabak COVID-19.

Individu yang terbabit dalam berada dalam senarai anggota RELA tanpa izin serta ingin memohon menamatkan keanggotaan perlu menghubungi nombor yang tertera atau e-mel kepada pihak RELA.

Tular sebelum ini apabila YB Tajuddin memaklumkan sedia mencari dan ambil tindakan kepada pihak yang sedia menjatuhkan imej beliau.

Dakwa Dimalukan, YB Tajuddin Sedia Cari Dan Ambil Tindakan Pihak Yang Jatuhkan Imej Beliau

Anak Sanggup Jual Motosikal Bapa Demi Beli Tiket Penerbangan Jumpa Kekasih ‘Online Game’

Tinggal Di Langkawi Secara Haram, Malaysia Usir Penganut Teori Konspirasi Perancis