Siapa yang tidak mahu kerja mudah tapi dapat wang yang banyak, bukan? Ramai yang mula termakan dengan kata-kata manis untuk mendapatkan wang ‘percuma’ dengan melaksanakan beberapa tugas seperti tonton dan ‘like’ serta tangkap layar skrin.

Sebelum ini, ahli Isharefans telah berkongsi bahawa diri mereka seperti ditipu kerana tidak dapat mengeluarkan wang ganjaran mereka dalam website Isharefans.

Terbaharu, website Isharefans telah ‘lesap’ dan pastinya ahli-ahlinya yang telah melaburkan wang mereka sudah berasa gusar serta punah harapan mereka untuk mendapatkan modal.

Buat ahli yang tidak mengeluarkan modal mungkin tidak terasa tetapi bagi yang mengeluarkan modal sehingga RM9,000 dan belum menerima pulangan pastinya kecewa akan berita ini.

Akan tetapi, ada juga yang mengatakan website Isharefans lesap disebabkan penyelenggaraan sedang dilakukan dan akan pulih pada 12 Disember 2020. Susulan itu, satu serbuan dilakukan ke atas premis berkenaan di sekitar ibu kota dan mendapati pejabat berkenaan kosong.

Menurut laporan, hasil siasatan dan risikan yang dilakukan pihak polis mendapati premis terbabit sudah ditutup sejak 9 November lalu. Malah, polis sudah mengenalpasti individu warga tempatan yang menjadi dalang skim pelaburan berkenaan.

Pastinya, dengan berita pengeluaran wang KWSP, skim-skim penipuan akan tumbuh bak cendawan dan mengumpan mereka yang terdesak mahukan wang. Diharap anda diluar sana akan lebih bijak dan berhati-hati.

Sebelum ini tular skim Isharefans menipu, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Dijanjikan Wang ‘Percuma’ Dengan Mudah, Ramai Kongsi Tertipu Dengan Skim Isharefans

Aplikasi Muslim Pro Jual Data Pengguna Kepada Tentera Amerika Syarikat?

Sumber