Setiap kali ada orang meninggal dunia, poster hitam akan memenuhi ruangan media sosial.
Seorang pengguna Threads berkongsi projek terbaharunya yang dikenali sebagai TAKZIAH.
Baca Juga:
- Dulu ‘Tipu’ Nak Masuk Penjara Supaya Boleh Makan, Lelaki Indonesia Ini Ditemui Meninggal Dunia Ekoran Kelaparan

- Frank Caprio, ‘Hakim Paling Baik Di Dunia’ Telah Meninggal Dunia

- Pernah Jual Jaring Ikan Di Muar, Taikun Nippon Paint Singapura Meninggal Dunia Pada Usia 98 Tahun

Menurut beliau, laman web itu boleh memudahkan pengguna membuat poster takziah bagi orang yang meninggal dunia.

Menurut Threads @abualif120, beliau memulakan projek tersebut kerana pernah mengalami situasi di mana tidak sempat buat poster semasa ada ahli keluarganya yang meninggal dunia.
“Dulu pernah ahli keluarga meninggal. Tak sempat buat. Pernah juga hampir kehilangan orang tersayang. Masa itu menggelabah nak buka Canva dan nak cari gambar,” jelasnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat sambutan netizen. Ramai mengucapkan terima kasih.
Pada masa ada yang memberikan beberapa cadangan kecil untuk menambah baik laman web tersebut.
“Semoga projek kecil ini dapat digunakan sebaiknya,” harap beliau.