Percintaan tokoh politik, Syed Saddiq dan selebriti, Bella Astillah akhirnya memasuki fasa baharu. Ini selepas Syed Saddiq melamar Bella Astillah di gunung Kinabalu.
Segalanya bermula daripada kolaborasi antara mereka untuk promosi baju raya. Yang menurut Syed Saddiq telah membantunya membawa sedikit dana untuk rakyat Muar.
Hubungan mereka terus rapat dan kedua duanya saling mengenali hati budi masing masing.
Peminat mereka mulai menamakan pasangan mereka sebagai BASS. Meruju kepada Bella Astillah – Syed Saddiq.
Doa peminat yang mahu mereka diijabkabulkan bakal menjadi kenyataan. Ini selepas Syed Saddiq mengesahkan Bella Astillah setuju untuk menjadi isterinya.
Syed Saddiq memakai baju Melayu ketika melamar Bella Astilla.
Dalam kenyataan di Instagram, Syed Saddiq berkata: “Saya tanya [kalau dia sudi jadi isteri saya], dan dia jawab ya.
“Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.
“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati. Allah SWT sebaik-baik perancang.
“Proposal di atas Gunung Kinabalu masa hujan lebat.”
Ramai rakan selebriti berkongsi kegemmbiraan pasangan tersebut. Begitu juga dengan peminat dan pengikut mereka yang mendoakan pasangan tersebut akan berbahagia selamanya.
Semoga berbahagia buat Syed Saddiq dan Bella Astillah.