Sejak mula servis foodPanda memasuki pasaran Malaysia, dapat dilihat servis ini berjaya disambut baik oleh para pengguna. Menawarkan servis penghantaran makanan terus ke rumah hanya menerusi aplikasi secara tidak langsung turut memberi peluang pekerjaan buat orang ramai untuk berkhidmat sebagai rider.
Di sebalik usaha keras para rider mencari rezeki, tular baru-baru ini apabila dilaporkan pemilik sebuah restoran di Kota Damansara telah menampar rider foodPanda gara-gara gagal siapkan tempahan makanan.
Difahamkan rider berkenaan telah menerima lapan tempahan makanan secara serentak di mana beliau terpaksa menunggu di restoran bermula jam 6.30 petang sehingga jam 8 petang.
Disangka siap semuanya, restoran berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada rider untuk menghantar dahulu dua makanan yang baru sahaja disiapkan dan selebihnya dihantar sekali lagi pada trip kedua.
Situasi menjadi lebih tegang apabila rider berkenaan memaklumkan prosedur foodPanda yang memerlukan kesemua makanan perlu dihantar secara serentak. Sedang rider yang juga merupakan individu berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) membuat penjelasan, pemilik restoran berkenaan dengan pantas terus menampar rider tersebut.
Tindakan yang dibuat kepada rider OKU ini sekaligus menjadikan suasana restoran menjadi tegang di mana terdapat individu yang berada di sekitar restoran merakam situasi yang berlaku serta dimuat naik ke media sosial.
Impak daripada tindakan yang dibuat, restoran ini tidak hanya mendapat kecaman daripada netizen di media sosial malah turut diserang di laman Google My Business.
Menerusi komen pada Group FoodPanda Rider Malaysia dimaklumkan pemilik restoran ini telah memohon maaf atas kesalahan yang dibuat. Walau bagaimanapun, kes ini tetap menarik perhatian pihak polis.
Tular pada minggu ini apabila wanita ini dikenakan bayaran sebanyak RM34 untuk sebuah minuman beserta add on yang dipesan beliau di Starbucks.
Netizen Simpati Gadis Ini Bayar RM34 Untuk Air Starbucks Pertama Beliau Kerana ‘Add On’
Sebagai Tanda Hormat, Kerajaan Egypt Adakan Perarakan Mewah Untuk 22 Mumia Firaun Diraja