Apabila hujung tahun tiba, sebahagian negeri di Malaysia pasti berhadapan dengan banjir disebabkan musim tengkujuh.

Orang ramai akan mula menyelamat barangan masing-masing bagi memastikan ia tidak terjejas jika paras air mula naik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini seorang lelaki mencuri perhatian ramai apbila membuat solusi kreatif dengan membungkus kereta mewah Lamborghini Aventador S miliknya di dalam plastik besar bagi menghadapi musim tengkujuh pada ketika ini.

Menerusi video berdurasi hampir 30 saat itu, lelaki itu memasukkan kereta Lamborgini ke dalam plastik besar dan mengikatnya plastik tersebut supaya tidak dimasuki air.

Hantaran video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai memuji kreativiti pemilik Lamborghini itu dalam persediaan menghadapi musim tengkujuh yang berlaku di kawasan tempat tinggalnya.

Sumber Gambar: TikTok @tamizimohamad
Sumber Gambar: TikTok @tamizimohamad
Sumber Gambar: TikTok @tamizimohamad

Dalam pada itu, ramai bertanya kepada pemilik Lamborghini tersebut di mana boleh dapatkan plastik besar itu, dipercayai mahu membalut kereta mereka juga.

Bagi pembaca yang berada di kawasan mudah dinaiki air semasa musim tengkujuh ini, harap dapat buat persiapan rapi agar dapat menyelamatkan barangan-barangan peribadi yang penting.

Pada masa sama, pastikan anda semua mendengar arahan pihak berkuasa setempat supaya dapat mengelak perkara tidak diingini berlaku.