Bintang semakin meningkat naik, Lamine Yamal sudah mengecapi tahap terbaik dalam kariernya walaupun pada usia muda dengan membantu Sepanyol menjuarai Kejohanan Eropah 2024.

Pemain berusia 17 tahun itu juga memainkan peranan penting buat Barcelona pada musim ini yang kini kembali memimpin carta LaLiga.

Baca Juga:

Sebagai seorang pemain, Yamal turut mempunyai impian untuk beraksi dengan mana-mana pemain terbaik dunia pada ketika ini.

Menurut sumber laporan Sport Bible, pemain sayap lincah itu menyenaraikan tiga pemain berkelas dunia dimana membuatkan beliau teringin untuk beraksi bersama mereka.

Lebih tepat lagi beliau mahu melihat ketiga-tiga pemain tersebut beraksi bersamanya di Barcelona.

Siapa pemain pilihan Lamine Yamal?

Pemain pertama yang bermain di minda beliau ialah bekas bintang Barcelona iaitu Neymar. Pemain termahal dalam sejarah perpindahan dunia itu meninggalkan The Blaugrana pada 14 Ogos 2017 bagi menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

“Saya baru berusia lima tahun ketika melihat dia (Neymar) beraksi di Santos, tetapi apabila memasuki tujuh tahun, saya sendiri melihatnya di FC Barcelona beraksi di Nou Camp.

“Sungguh luar biasa melihatnya. Ya, memang benar bahawa (Lionel) Messi berada di sana yang juga luar biasa, tetapi dia adalah sesuatu yang sama sekali berbeza.

“Neymar sentiasa menjadi idola saya. Dia seorang bintang, seorang legenda bola sepak.”

Pemain kedua yang dimaksudkan ialah seorang lagi bintang muda, Jamal Musiala. Musiala merupakan tonggak utama buat skuad Bayern Munich dan Jerman.

Manakala pemain terakhir ialah Savinho yang beraksi bersama Manchester City.

Walaupun Savinho tidaklah terlalu memberikan impak berkesan kepada The Cityzens tetapi Yamal mempunyai hubungan yang cukup baik dengan pemain sayap Brazil itu.

 

Sumber