Ejen kepada pemain sayap terbaik dunia ketika ini, Lamine Yamal iaitu Jorge Mendes menegaskan pemain itu bakal menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab La Liga iaitu Barcelona.

Menurut satu video yang dikongsikan oleh Fabrizio Romano, Mendes baru sahaja selesai bertemu dengan pengurusan Barcelona di Lisbon dan semua dilaporkan berjalan lancar.

Baca Juga:

Lamine Yamal
Kredit Foto: REUTERS/Albert Gea

Lamine Yamal Bakal Tandatangani Kontrak Lanjutan

“Yamal akan menandatangani kontrak lanjutan, itu sudah pasti,” kata Mendes.

Mendes bertemu dengan presiden kelab iaitu Joan Laporta dan Deco yang nerupakan pengarah bola sepak kelab di Lisbon dimana delegasi itu menemani skuad kendalian Hansi Flick untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Benfica.

Lamine Yamal kini terikat dengan kelab itu sehingga 2026, tetapi Barça menyasarkan untuk melanjutkan perjanjiannya sehingga 2030, dengan kenaikan gaji yang ketara selaras dengan kepentingannya yang semakin meningkat dalam skuad.

Kontrak lanjutan telah dirancang untuk ditandatangani sebaik sahaja Yamal menginjak usia 18 tahun iaitu pada 13 Julai.

Apabila Yamal menandatangani perjanjian semasanya pada usia 16 tahun, Barça dan Mendes mencapai persetujuan yang menetapkan bahawa apabila mencapai usia 18 tahun, pemain itu akan melanjutkan kontraknya sehingga 2030 dengan kenaikan gaji.

Lamine Yamal
Sumber Gambar: Goal.com

Walaupun perjanjian ini kekal, kedua-dua pihak mengakui bahawa gaji yang dirancang pada asalnya mesti disemak, memandangkan status pemain muda itu sebagai pemain penting di bawah Flick dan pengaruh media yang semakin meningkat sebagai tokoh utama untuk kelab.

Menurut sumber laporan Sport Bible, pemain sayap lincah itu menyenaraikan tiga pemain berkelas dunia dimana membuatkan beliau teringin untuk beraksi bersama mereka.

Lebih tepat lagi beliau mahu melihat ketiga-tiga pemain tersebut beraksi bersamanya di Barcelona.

Siapa pemain pilihan Lamine Yamal?

Pemain pertama yang bermain di minda beliau ialah bekas bintang Barcelona iaitu Neymar. Pemain termahal dalam sejarah perpindahan dunia itu meninggalkan The Blaugrana pada 14 Ogos 2017 bagi menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain kedua yang dimaksudkan ialah seorang lagi bintang muda, Jamal Musiala. Musiala merupakan tonggak utama buat skuad Bayern Munich dan Jerman.

Manakala pemain terakhir ialah Savinho yang beraksi bersama Manchester City.

Walaupun Savinho tidaklah terlalu memberikan impak berkesan kepada The Cityzens tetapi Yamal mempunyai hubungan yang cukup baik dengan pemain sayap Brazil itu.