Tular satu klip video dashcam menunjukkan sekumpulan pemilik Honda berkonvoi dikatakan di Lebuhraya PLUS Utara-Selatan.

Menerusi video berdurasi dua minit itu, kumpulan Honda itu lane hogging di lorong kanan sehingga pengguna jalan raya lain perlu memotong di lorong tengah atau kiri.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Pada 30 saat video berkenaan, pemilik dashcam masuk ke lorong kanan di antara kereta-kereta Honda untuk memotong konvoi tersebut.

Tidak semena-mena, Honda Civic berwarna hitam ‘mencucuk’ belakang kereta. Kemudian memotong dari kiri, kemudian masuk semula lorong kanan di hadapan kereta dashcam.

Tindakan itu dipercayai kerana ‘marah’ ke atas kereta dashcam itu yang menyelit di antara konvoi mereka.

Kereta dashcam enggan memperdulikan tindakan Honda Civic itu, sehingga kereta-kereta Honda di hadapan mengubah lorong ke tengah untuk memberi laluan kepadanya untuk memecut di lorong kanan.

Perkongsian semula video itu oleh X.com @update1111 mengundang kemarahan netizen.

Ramai menyalahkan aktiviti konvoi serta lane hogging menjadi punca utama kesesakan lebuhraya.

Dalam pada itu ada yang mencadangkan sekiranya mahu keluar beramai-ramai, dicadangkan ketua penganjur meletakkan satu kawasan berkumpul dan masing-masing terus bertemu di satu tempat yang sama.

Sekaligus ia dapat mengelakkan kesesakan lebuhraya berlaku. Lebih-lebih ketika waktu puncak.