Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah dan melanggar dua kereta sebelum merempuh pagar Istana Besar di Kilometer 2.3 Jalan Skudai, Pantai Lido, Johor pada Jumaat.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata kejadian pada 5.28 pagi itu melibatkan kereta jenis Audi dipandu lelaki berusia 20-an.
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Pemandu mabuk orang singapore langgar 1 biji motor dan Pagar ISTANA SULTAN JOHOR. kejadian pagi tadi jln Pusat bandar mengahala Danga Bay Johor. Kes dalam siasatan Polis. pic.twitter.com/0OiZCHiZd9
— Jabatan Netizen Malaysia 🇲🇾 (@jnmalaysia) October 27, 2023
“Lelaki berkenaan memandu dari pusat bandar menghala ke Skudai bersama-sama dua penumpang dan apabila tiba di tempat kejadian dia gagal mengawal kenderaan di kawasan selekoh sebelum terbabas masuk ke jalan bertentangan.
“Kereta warga asing itu kemudian melanggar teksi jenis Proton Persona warna putih merah dan Perodua Aruz warna biru sebelum merempuh pagar Istana Besar Johor di bahu jalan,” petik kenyataan rasmi.
Tambah beliau, warga asing terbabit mengalami cedera ringan manakala pemandu teksi dan pemandu Perodua Aruz tidak cedera.
“Pagar istana mengalami kerosakan akibat pelanggaran tersebut sementara kereta warga asing tersebut terbalik.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine dan kes disiasat bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya.
Orang ramai yang melihat kejadian kemalangan diminta tampil memberikan maklumat di Balai Polis Trafik IPD Johor Bahru Selatan atau boleh hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Hafiz Bin Jaafar Mad Ariff di talian 017 591 9208.