Sudah menjadi tanggungjawab setiap pengguna jalan raya untuk memandu secara berhemah. Dalam pada itu, malang tidau berbau. Terkadang perkara tidak diinginkan mampu berlaku yang secara tidak langsung mampu menyebabkan kemalangan.

Terbaharu, tular sebuah kemalangan menerusi perkongsian Twitter @nmiraamir yang menyaksikan Proton Persona yang mempunyai penumpang terdiri daripada ibu mengandung dan bayi dilanggar oleh sebuah Honda Civic.

Lebih membuatkan orang ramai berang termasuk pemilik Proton Persona ini adalah Honda Civic ini dikatakan tidak berminat untuk bertanggungjawab atas apa yang berlaku sekaligus menjadikan kemalangan yang berlaku sebagai kes langgar lari.

Situasi yang berlaku nyata telah mendapat netizen yang turut geram dan berang dengan apa yang dilakukan Honda Civic ini. Berikut merupakan respon netizen terhadap apa yang berlaku.

https://twitter.com/danial_hakim10/status/1609043593553121281

Bukan itu sahaja, menerusi nombor plet yang tertera, terdapat netizen yang mencandangkan agar orang ramai sama-sama mencari Honda Civic ini sehingga dapat. Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana mampu memberi kesukaran kepada mangsa yang dilanggar.

Menurut pihak yang berkongsi insiden ini, difahamkan ibu mengandung tersebut telah selamat melahirkan anak perempuan pada 30 Disember lalu serta turut mengucapkan terima kasih dalam usaha untuk menyebarkan kes pelanggaran berlaku. Dimaklumkan maklumat mengenai pemilik kereta Honda Civic tersebut telahpun diterima serta dalam proses lanjut.