Sudah menjadi tanggungjawab setiap individu yang menaiki kenderaan awam untuk mengikut peraturan yang ditetapkan dalam memastikan setiap perkara berjalan dengan lancar tanpa menggangu mana-mana pihak.
Terbaharu, meskipun sudah diletakkan amaran haiwan peliharaan tidak dibenarkan untuk dibawa menaiki kenderaan awam Electric Train Service (ETS) daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih terdapat individu yang memilih untuk membawa kucing bersama.
Baca Juga:
- Bela Babi Sebagai ‘Pet’ Di Taman Perumahan, Tindakan Individu Ini Undang Perhatian Netizen
- DBKL Dan MPS Sita Barang Rohingnya Berniaga Tanpa Lesen Selepas Tular Video Pasar Selayang ‘Dijajah’
Tidak hanya membawa, individu ini seolah bangga dalam memuat naik video di TikTok @elizadianna dalam memaparkan perjalanan beliau bersama kucing kesayangannya.
Ciri-ciri orang bodoh sombong, lagi dia tahu benda tu tak boleh buat selagi tu dia nak tunjuk..bila org kecam dia menjawab pusing tang lain salahkan orang pula 💁 pic.twitter.com/sCwAf2drds
— Faiz Fayeshz 🇲🇾 (@faizfayeshz) February 22, 2023
Bukan itu sahaja, walaupun sudah ditegur seorang netizen, beliau mendakwa tidak tahu mempunyai peraturan haiwan peliharaan antara yang membuatkan beliau membawa kucing bersama.
Video yang dikongsikan dalam memaparkan telatah kucing bersama beliau dalam ETS telah mendapat perhatian netizen di mana rata-ratanya kurang senang dengan apa yang dilakukan beliau. Malah, ada yang berpendapat tindakan yang dilakukan seolah menjadi ‘pencetus’ kepada lebih ramai individu membawa haiwan peliharaan mereka sekiranya tidak dihalang.
Orang macam ni tak boleh dibiarkan, menjadi-jadi nanti, perlu ambil tindakan https://t.co/HJCvzrmZ4S
— Deans (@everyinchoffuck) February 23, 2023
https://twitter.com/Purrfessionals/status/1628614775138811909
Common sense dah tak common nowadays https://t.co/NyGRkWBwgi
— ⭐ Anise (@aniskhalidi) February 23, 2023
Cuba ada yg bawak anjing. Pastu up video camni. https://t.co/rBzrWcePmr
— จักรพรรดิ (@MalequeArrasyid) February 23, 2023
Terdapat juga netizen yang berpendapat individu seperti ini wajar disaman dengan jumlah yang tinggi agar menjadi pengajaran kepada individu yang lain.
Meraih hampir setengah juta tontonan di TikTok, individu ini dilihat memilih untuk menghalang sebarang komen daripada netizen menerusi video yang dikongsikan.