Langkah mayat saya dulu, kata Arteta ketika ditanya sama ada Arsenal sudah berputus asa dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Mikel Arteta laung amaran bahawa, Arsenal tidak akan berhenti berjuang untuk kejuaraan Liga Perdana walaupun kini 11 mata di belakang pendahulu Liverpool.
The Gunners terus ditinggalkan pendahulu liga, Liverpool hujung minggu lalu berikutan kekalahan 1-0 kepada West Ham di Stadium Emirates.
Hanya tiga pasukan dalam sejarah Liga Perdana telah merapatkan jurang 11 mata atau lebih untuk menjadi juara menjelang akhir musim.
Tetapi Arsenal masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan masih ada pertemuan dengan pasukan Arne Slot di Anfield pada 10 Mei, dan Arteta percaya pasukannya kekal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Arteta: Langkah mayat saya dulu
Ditanya sama ada dia akan menerima gelaran itu, Arteta berkata: “Langkah mayat saya dulu, atau saya pulang sahaja ke rumah.
“Secara matematik ia masih ada kemungkinan. Tiga hari lalu kami boleh merapatkan jurang dan anda seperti ‘anda tinggal satu setengah perlawanan lagi’.
'Over my DEAD BODY!' 😳
Mikel Arteta is not giving up on the Premier League, despite Liverpool's gap at the top. pic.twitter.com/8vLdsRqoB6
— Optus Sport (@OptusSport) February 25, 2025
“Kesukarannya lebih tinggi daripada tiga hari lalu, tetapi jika anda mahu memenangi Liga Perdana, anda perlu melakukan sesuatu yang istimewa.
“Jika anda mahu memenangi Liga Perdana dengan keadaan yang kami ada, anda mungkin perlu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain dalam sejarah Liga Perdana,” kata Arteta optimis.
Arsenal telah terjejas akibat kecederaan kepada beberapa pemain utama musim ini dan kini tanpa Bukayo Saka, Kai Havertz dan Gabriel Martinelli di bahagian serangan.
Arteta menyatakan bahawa keciciran mata baru baru ini memberikan impak kepada mereka. Namun prestasi mereka sebelum ini sangat luar biasa.
Oleh sebab itu Arteta sanggup cakap ‘langkah mayat saya dulu’ ketika ada pihak cuba menafikan peluang Arsenal.
Arteta menambah: “15 perlawanan sebelum ini kami telah menang 10 dan seri lima – sama seperti Liverpool dengan perbezaan gol yang sama.
“Jadi kami sangat konsisten sejak tiga bulan lalu memandangkan segala yang kami lalui [banyak kecederaan melanda].
“Kami telah menjana momentum itu dan pada hujung minggu itu kami perlu melakukannya semula tetapi kami kalah pula. Selain itu mereka [Liverpool] menang.
“Apabila anda cuba membina momentum itu, dan kami meletakkan begitu banyak usaha ke dalamnya dengan keadaan yang kami ada, ia sangat sukar untuk diambil.”