Baru-baru ini tular video memaparkan sekumpulan mangsa banjir di Taman Sri Muda Shah Alam bertindak memecah masuk beberapa buah kedai serbaneka selepas dipercayai kehabisan bekalan makanan akibat terkandas dalam banjir selama dua hari di taman tersebut.

Menurut laporan, pihak polis mengesahkan bahawa berlaku beberapa kejadian pecah masuk ke kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam yang kini sedang mengalami banjir teruk.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata kejadian dipercayai berlaku pada sekitar jam 1 petang ke 2 petang, antaranya membabitkan Mydin, KK Mart, 7Eleven dan pasar raya Gmart.

Menurut ACP Baharudin Mat Taib, pihaknya dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan menggerakkan elemen cegah jenayah dan bantuan untuk memastikan keadaan terkawal di kawasan tersebut.

Taman Sri Muda antara salah satu lokaliti paling teruk terjejas dalam insiden banjir di Lembah Klang. Malah dikhabarkan masih ramai mangsa yang terkandas di sana menunggu bantuan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan bencana banjir yang sedang berlaku ketika ini pada pautan di bawah.

Lokasi Majlis Dijadikan Pusat Penempatan Banjir, Netizen Terharu Pasangan Pengantin Ini Sedekah Lauk Kenduri

Terperangkap Dan Mahu Tingkatkan Capaian Bantuan, Netizen Lancarkan #DaruratBanjir Di Twitter

Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang

Sumber