Selepas pembukaan CU Mart, dapat dilihat kedai serbaneka dari Korea mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan rakyat Malaysia. Kini, makin banyak kedai serbaneka dari Korea yang mula melebarkan sayapnya di Malaysia.
Terbaharu, emart24 iaitu antara kedai serbaneka terkenal dan makin berkembang pesat di Korea sudah membuka cawangan pertamanya di Malaysia. Kedai serbaneka emart24 ini terletak di Bangsar South dan sudah mula dibuka kepada pelanggan.
Pelbagai ‘street food‘ yang terkenal di Korea boleh didapati di sini termasuk eomuk (kek ikan), sosej, cupbap (nasi cawan), ayam goreng, pau dan juga bingsu (ais kepal). Malah, snek dan barangan kosmetik dari Korea turut dijual di sini.
Semestinya para peminat makanan dan barangan Korea tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini. Tunggu apa lagi?
Adakah anda pernah mencuba Costa Coffee? Klik pautan di bawah untuk ketahui cara buat pesanan di mesin kopi tersebut.
Tekan Terus Siap, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Pesanan Di Mesin Kopi Costa Untuk ‘First Timer’
Gadis Ini Kongsi Menu Baharu Dan ‘Best Selling’ Yang Anda Boleh Cuba Sekarang Di IKEA