Solat merupakan ibadah yang wajib dalam Islam dan jemaah yang menjalankan ibadah itu dengan menduduki saf pertama mendapat banyak manfaat seperti yang disebutkan dalam hadis dan riwayat.

Baru-baru ini, salah seorang pengguna laman media sosial Facebook mencetus perdebatan di kalangan netizen dimana beliau melarang jemaah dari luar kariah untuk solat di saf pertama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pengguna Facebook yang dimaksudkan ialah saudara Rahman Arifin dimana beliau meminta agar jemaah luar agar menghormati budaya masjid yang dikunjungi dan tidak berbuat sesuka hati.

“Kamu kena ingat, itu bukan masjid kamu. Kamu tak tau budaya dan amalan kat masjid tu. Jangan asal nampak sejadah atau spot kosong je, you terus nak celapak duduk kat saf pertama.

“Mungkin saf pertama tu, walaupun kamu nampak ada spot kosong, tetapi sebenarnya dah ada tuannya. Tempat tu dah dikhaskan untuk penceramah, pengerusi masjid, tetamu atau jemputan khas. So you don’t simply go and nicely sit there! Malu je nanti kena halau secara halus (“Bang, maaf, ni Imam 3 punya tempat”).

“Spot yang nampak kosong tu, sebenarnya dah ada penghuninya. Penghuni tu memang orang kariah situ, orang taman tu, orang kampung tu. Dia tu memang dah duduk spot tu tiap waktu solat fardhu, solat Jumaat, solat Raya, segala solat. Cumanya waktu itu dia pergi toilet ke, pergi minum ke.

Pada masa yang sama, saudara Rahman turut menggesa agar jemaah dari luar kariah agar duduk di saf kedua atau saf-saf lain.

Netizen serta-merta mengecam pandangan yang dikeluarkan oleh beliau dimana rata-rata dari mereka mengatakan saf pertama adalah bebas untuk diduduki oleh sesiapa pun.

Malah, ada netizen yang berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Rahman ini menjadi salah satu sebab mengapa ramai yang enggan beribadah di masjid kerana terlalu banyak peraturan.