Negeri Laskar Pelangi – nama baru yang dijulukkan bagi Pulau Belitung, sebuah kepulauan kecil yang terletak di provinsi Kepulauan Bangka, Belitung, Indonesia.

Kalau ditanya orang Malaysia “apa kau tahu tentang Belitung?”, semua pasti histeria dengan menyebut nama seperti “Ikal!” “Lintang!” “Mahar!” dan “Andrea Hirata!”

Itu pun bagi yang benar-benar peminat filem box office Laskar Pelangi lah.

Selepas menonton filem adaptasi dari novel Laskar Pelangi pada tahun 2009, aku terus gigih mencari bukunya pula. Jauh aku pergi cari novel Andrea. Sampai ke Bandung.

Semenjak detik itu, aku jadi ‘fan’ terus dengan semua penulisan Andrea. Aku kumpul kesemua Tetralogi Laskar Pelangi dan juga buku-buku Andrea yang lain.

1. Laskar Pelangi
2. Sang Pemimpi
3. Edensor
4. Maryamah Karpov: Mimpi-mimpi Lintang
5. Padang Bulan
6. Cinta di Dalam Gelas
7. Sebelas Patriot
8. Ayah

Dalam simpanan aku, aku ada buku dari kedua-dua Bahasa Melayu dan original Bahasa Indonesia.

Kemain hebat novel tulisan Andrea Hirata, sehingga aku sendiri jadi obses dan bermimpikan Belitung, hampir setiap masa. Malah, bait-bait dan dialog dalam semua filem Laskar Pelangi juga aku hafal.

Disebabkan aku terlalu me-motivasikan diri aku sendiri dengan quote dalam Sang Pemimpi “Bermimpilah. Karena Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu.”

Aku tanamkan dalam diri untuk pergi mengembara ke Belitung satu hari nanti.

MONAS
Tiket MONAS
Danau Kaolin
Danau Kaolin
Danau Kaolin
Jakarta dari puncak MONAS

Tahun beralih tahun, aku nyatakan hasrat aku mahu ke Belitung kepada beberapa teman.

Semua berminat nak pergi sama. Tapi disebabkan rutin harian yang berbeza, perancangan kami untuk pergi bersama cuma tinggal perancangan saja, tanpa ada apa-apa tindakan menyusul.

Justeru aku fikir, kalau aku mahu menanti semua ‘bersedia’ pergi, memang takkan pergi ke Belitung lah aku nampaknya. Jadi aku tekad untuk pergi secara solo.

Dari situ, aku mentelaah sendiri bagaimana caranya untuk ke Belitung. Ber-gurukan Google dan travel blog di internet, aku susun perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Belitung.

Januari tahun 2015, sementara AirAsia buat sales, aku terus beli tiket pesawat ke Jakarta – Kuala Lumpur (pergi-balik). Tarikh perjalanan adalah untuk tahun 2016.

Tanpa pedulikan atau semak tarikh di kalendar, aku beli tiket tanpa berfikir panjang. Setelah diteliti oleh kawan aku, rupanya, tarikh perjalanan aku jatuh pada bulan Ramadhan. Padanlah tiket pesawat subhanallah murah. Hahaha!

Diringkaskan, pada yang sudah menonton Laskar Pelangi, apa yang dipertontonkan dalam filem tersebut cumalah sebahagian kecil dari tempat-tempat cantik yang ada di Belitung.

Pulau kecil ini memiliki deretan pantai yang berpasir putih dan berair jernih. Di pinggir-pinggir pantai, terdapat banyak batu-batu granit yang berukuran maha besar tersusun serta berserakan, menghiasi pinggir pantai.

Melihat dari tingkap pesawat, aku terkesima dengan landskap penuh Belitung. Begitu banyak kolam-kolam kecil dan danau (tasik) berwarna toska (turquoise), hijau dan biru menghiasi pulau ini.

Pada yang tidak tahu sejarah Belitung, kolam-kolam kecil ini pasti sangat menggoda untuk mandi manda.

Tapi ternyata, kesemua danau dan kolam-kolam ini adalah bekas galian biji timah sewaktu Belitung ternama dengan aktiviti melombong timah sejak abad ke-19, sehingga membuatkan Belitung menjadi negeri penghasil timah terbesar di Indonesia.

Melihat keindahan Belitung dari udara, membuatkan aku sendiri tak percaya yang aku sekarang sudah menghampiri Negeri Laskar Pelangi. Mimpi-mimpi aku selama ini hampir menjadi kenyataan.

Menitis juga air mata aku waktu pesawat selamat mendarat di Bandara Tanjung Pandan.

Dengan lafaz bismillah, aku kongsikan sedikit pengetahuan, pengalaman dan perbelanjaan aku yang jimat dan hemat sepanjang mengembara di Belitung (dan Jakarta – transit).

Semoga bermanfaat buat teman-teman yang punya cita-cita untuk menyaksikan sendiri keindahan Negeri Laskar Pelangi ini.

Gantong
Telur Betawi
Gantong

Muzeum Daerah
Gantong

HARI 1 (Kuala Lumpur – Jakarta)

Aku tiba di Bandara (Soekarno-Hatta International Airport) pada jam 8 pagi waktu Indonesia.

Hari pertama transit, aku tinggal di Bale Ocasa. Aku cari hotel yang paling murah dan dekat dengan terminal.

Oleh kerana aku belum pernah ke Jakarta sebelum ini, jadi aku main agak-agak saja jarak hotel dengan terminal menggunakan Google Maps.

Kelebihan
Bale Ocasa menyediakan sistem “Pick-Up” dari hotel ke terminal. Aku cuma perlu tambah notakaki semasa membuat tempahan, beritahu mereka bahawa aku memerlukan pick-up bila aku sampai di bandara.

Dari terminal ke hotel mengambil masa kurang lebih 20 minit saja. Oleh kerana Jakarta terkenal dengan ‘kemacetan’nya, jarak 20 minit boleh jadi 1 jam lamanya.

Sampai di hotel, aku bersiap-siap mandi dan bersedia untuk ke MONAS (National Monument Indonesia).

Orang bilang, kalau kita ke Jakarta, tidak akan lengkap perjalanannya kalau tidak berkunjung ke MONAS.

Jadi untuk melengkapkan perjalanan aku di Jakarta (walaupun transit satu hari), aku pun pergi ke MONAS menggunakan UBER.

Menggunakan UBER lagi jimat daripada naik taksi. Seharian aku habiskan masa jalan-jalan sekitar MONAS saja. Santai.

MONAS
Di MONAS, jangan lepaskan peluang untuk naik ke menara MONAS. Diatas puncak MONAS, kita akan dihidangkan dengan pemandangan seluruh kota Jakarta. Cantik.

Oleh kerana aku naik malam, maka aku cuma nampak banjiran lampu-lampu jalan yang menghiasi kota Jakarta. Cantik juga.

Di MONAS juga ada Mini Zoo. Aku tak pasti haiwan apa yang ada, tapi semasa aku pergi, aku cuma nampak sekumpulan rusa dan kancil.

Di perkarangan MONAS terdapat banyak gerai-gerai kecil yang berjualan. Tak kurang juga tempat makan. Petang itu, aku memilih untuk berbuka puasa di Warong Ais Jelly.

Selepas berbuka, aku sambung jalan-jalan. Selepas penat, aku cari tahu cara untuk pulang ke hotel selain menggunakan UBER. Jadi, aku memilih naik bas dari MONAS ke hotel.

Perbelanjaan
1. Simkad: 165,000
2. UBER dari Hotel ke MONAS: 63,000
3. UBER dari MONAS ke Hotel: 41,000
4. Makan Malam MONAS: 25,000 (Telor Kerak Betawi), 20,000 (Air Kelapa)
5. Makan Malam Kalideres: 20,000
6. MONAS: 5,000 Entry Fee, 3,000 Monas Peak Fee (Harga Mahasiswa)
7. Kad Tiket Bas: 40,000
8. Hotel: 300,000

Tips
Sediakan wang yang pas (secukupnya) bila bayar UBER. Kebarangkalian mereka untuk memulangkan baki duit kalau cuma tersisa 10 atau 20 ribu, payah sungguh.

Harga tambang boleh di semak dahulu semasa ‘request UBER’ di aplikasi UBER.
Kalau pandai berbahasa Indonesia ataupun Jawa, boleh beli tiket lokal. Kalau tidak, harga untuk bukan Mancanegara adalah sebanyak 20,000.

HARI 2 (Jakarta – Tanjung Pandan)

Untuk ke Tanjung Pandan (TJQ) dari Jakarta (CGK), kita harus menaiki pesawat domestic Indonesia. Penerbangan CGK-TJQ untuk satu hari adalah terhad.

Jadi, harus cepat-cepat beli tiket. Ada beberapa syarikat penerbangan yang beroperasi dari CGK ke TJQ sepeti Sriwijaya Air, Citilink, Garuda, Multi-Airline dan NAM.

Tiketnya boleh tahan mahal, tapi oleh kerana aku beli tiket ke TJQ setahun lebih awal, murah lah jadinya. Proses beli tiket boleh dibuat melalui traveloka.com. Mudah, cepat dan selamat.

Perjalanan dari CGK ke TJQ mengambil masa kurang lebih 1 jam sahaja. Tak sempat tidur pun.

Aku ambil pesawat paling awal dan aku tiba di Tanjung Pandan jam 7 pagi waktu Indonesia. Di Tanjung Pandan, aku ada seorang kenalan dari Couch Surfing. Choky namanya.

Dia setuju untuk host aku setiba aku di Belitung. Aku hubungi dia sesampai di bandara dan oleh kerana aku sampai terlalu awal, dia tak dapat menjemput aku di bandara sebab dia baru bangun tidur.

Jadi dia suruh aku tunggu dia di KV Senang (pecan tanjung Pandan). Oleh kerana di situ tiada teksi, jadi aku meminta naik tumpang supir entah siapa-siapa dan meminta tolong dihantar ke KV Senang. Hehe.

Lepas jumpa Choky, dia minta maaf pada aku sebab tak dapat nak host aku disebabkan keadaan ibunya yang tak berapa sihat dan di rumah dia ada ahli keluarga lain yang pulang ke kampung.

Jadi Choky carikan aku hotel paling murah di Tanjung Pandan. Di Hotel Surya tempat aku menginap, aku sewa motor sekali.

Memandangkan aku seorang diri, sewa motor adalah tindakan paling hemat berbanding untuk naik taksi atau menggunakan supir.

Kalau datang dalam satu kumpulan, boleh sewa kereta juga. Lagipun di Belitung tak aa ‘ojek’ ataupun ‘angkut’. Publik transport nihil.

Aku memulakan perjalanan aku berpandukan senarai tempat yang dah aku tulis awal-awal. Dengan teknologi Waze, aku tak sesat langsung.

Masa pun dapat dijimatkan dari mundar-mandir mencari tempat wisata yang jalannya tak pasti yang mana.

Destinasi & Perbelanjaan
1. Sewa Motor 70,000 dan petrol 50,000
2. Hotel: 90,000
3. Transport ke KV Senang: 50,000
4. Danau Kaolin (Percuma)
5. Rumah Tuan Kuase (Percuma)
6. Museum Daerah Tanjung Pandan
• Tiket masuk: 3,000
• Parkir Motor: 2,000
7. Pantai Tanjung Pendam – Tiket Masuk: 2,000
8. Rumah Adat Belitung – Tiket Masuk: 3,000
9. Sekitar Bandar Tanjung Pandan (Percuma)

Tips
Beramah mesra, berkenalan dan bersahabat lah dengan orang lokal. Tak kira siapa pun.

Semasa melawat Rumah Tuan Kuase, aku dapat seorang kawan bernama Pakcik Yoyon. Dia merupakan residen Rumah Tuan Kuase.

Dia gembira dengan kedatangan aku dan makan malam aku pada hari pertama di Belitung, ditaja oleh Pakcik Yoyon. Dia jamu aku dengan makanan khas Belitung iaitu Gangan. Mashaallah sedap.

Gantong
Rumah Tuan Kuase
Anak Pesisir Pantai Serdang
Buk Mus
Belitong
Pantai Tanjung Tinggi
Pak Yoyon & Choky
Belitung Timur
Gantong

HARI 3 (Tanjung Pandan – Gantong – Manggar)

SD MUHAMMADIYAH
Jarak antara Tanjung Pandan dan Gantong kurang lebih 70km sehala. Gantong terletak di daerah Belitung Timur.

Berbekalkan kuderat dan keazaman aku untuk ke SD Muhammadiyah, aku memulakan perjalanan dengan Bismillah.

Ini merupakan kali pertama aku memandu motosikal sejauh ini, di luar negara. Cuaca amat panas, tetapi aku bersabar sebab aku puasa.

Bila penat, aku berhenti sebentar di tepi jalan untuk berehat 5 minit. Cuaca yang terlalu terik membuatkan aku pening juga kadang-kadang.

Motor tak boleh laju sangat dan berkat kecekalan serta azam yang tinggi, aku tiba di Gantung dengan selamat setelah memandu selama 1 jam 30 minit.

Penat serta lenguh pinggang akibat memandu dan perit disengat bahang matahari terus hilang sebaik saja aku nampak sosok sekolah replika SD Muhammadiyah, Gantung yang hampir tumbang itu.

Serta merta aku terbayang Mahar yang lagi nyanyi di atas pohon, dan anak-anak Laskar Pelangi lain berlari-lari di halaman sekolah.

Serius menitik airmata aku sebab terharu dengan diri sendiri bila berjaya sampai ke destinasi yang diidamkan selama ini.

Aku habiskan masa satu jam berlegar-legar di dalam perkarangan sekolah, di dalam kelas, di bilik Pak Harfan, sambil meng-imajinasikan ‘scene’ dalam filem Laskar Pelangi.

Ada kalanya aku ketawa kecil sendiri sebab teringat keletah lucu mereka. Aku sempat berbual-bual dengan seorang karyawan di SD Muhammadiyah ni dan bertanyakan dia beberapa soalan.

Dengan rela hati dia sudi nak tunjukkan aku jalan ke Museum Kata Andrea Hirata.

Tetapi nasib tak menyebelahi aku, sebab masa aku sampai, Museum Kata tutup untuk renovasi. Sedihnya Tuhan saja yang tahu.

Termenung juga aku beberapa ketika mengenangkan beribu kilometer harus aku tempuh untuk ke sini lagi. Tapi aku akur, tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat.

Langsung aku meneruskan perjalanan mencari rumah Ibu Muslimah, Ibu Guru yang sangat menginspirasikan aku.

RUMAH BUK MUS
Kegigihan aku bertanya sini sana mencari rumah Buk Mus membuahkan hasil. Alhamdulillah sebab Buk Mus ada di rumah.

Aku bersyukur betul sebab berjaya menemui Buk Mus yang asli! Ayat pertama yang Buk Mus bilang ke aku ialah

“Kau ni dari mane? Seorang je? Gile ye kau prawan jalan sendirian begini? Kau ni dah di tipu Andrea ni bisa sampai ke sini!”

Walaupun aku tak pernah kenal Buk Mus dan beliau juga tak kenal aku, kami berpelukan seumpama jejak kasih.

Dia tak putus ucap “Subhanallah Astaghfirullah” sebab aku beritahu dia yang aku datang dari Malaysia, hanya untuk mencari dia.

Setelah berjam-jam berbual-bual dengan Buk Mus, baru aku tau sebenar-benar sejarah Laskar Pelangi itu sepenuhnya. Buk Mus ceritakan semua dari A hingga Z.

Masa itu juga baru aku tahu bahawa Pak Harfan itu ialah ayah kandung Buk Mus dan Ikal itu adalah Andrea Hirata sendiri.

Bagaimana pada awalnya, Buk Mus tidak mahu mengingati peristiwa yang terjadi itu sampai satu hari, Andrea mengetuk pintu rumah dia dan beritahu bahawa dia nak menulis tentang Buk Mus dan sekolah SD Muhammadiyah.

Cerita lengkap tentang sejarah Laskar Pelangi mungkin akan aku tulis lain kali.

Aku terharu sebab Buk Mus beriya suruh cucu dia menalifon orang yang menjaga Museum Kata Andrea supaya bukakan pintu muzeum untuk aku.

Sekali lagi nasib tak menyebelahi aku sebab orang yang berkenaan lagi berada di luar bandar. Tak ada di Belitung pada masa tu.

“Maafkan ibu karena kau ndak dapat masuk. Jauh kau datang ni beribu-ribu kilo.”

Aku senyum dan cium tangan Buk Mus sambil ucap terima kasih yang tak terhingga.

Setelah puas berborak, aku minta diri dan Buk Mus sempat berpesan pada aku “Nanti kau pulang ke Malaysia, kau bilang same teman-temanmu, Buk Mus yang asli ndak cantik seperti Cut Mini!”

Aku teruskan perjalanan ke Pasar Manggar untuk mencari Ah Keong. Buk Mus bilang, Ah Keong saja yang mahu bertemu dengan tetamu yang datang.

Manakala peran Laskar Pelangi yang lain tidak mahu bertemu dengan tetamu, mereka lebih sukakan hidup yang sederhana tanpa dikenali.

Setiba aku di pasar, Ah Keong sudah pun pulang ke rumah dia. Tak apalah, aku teruskan perjalanan aku ke Kota Manggar untuk misi seterusnya, mencari Kopi Manggar!

MANGGAR, KOTA 1001 WARUNG KOPI
Manggar terkenal dengan julukan Kota 1,001 Warung kopi. Manggar ialah kota kedua terbesar dan mempunyai penduduk teramai di Belitung.

Masuk sahaja ke daerah ini, aku terus terbayangkan Ikal yang gigih mengayuh basikal dari Gantung untuk membeli kapur.

Jauh rupanya jarak dari Gantung ke Manggar ni. Kurang lebih 40 minit naik motor.

Monumen di tengah kota menjadi pemandangan yang menarik di Manggar. Teko kopi dan cangkir raksasa yang terpampang menandakan ciri khas kota Manggar, iaitu Kota 1,001 Warung kopi.

Di sini, aku berusaha mencari tempat penginapan yang paling murah. Setelah singgah di beberapa hotel dan tempat menginap, Penginapan Nusa Indah adalah yang paling pas untuk poket aku (tapi taka da wifi).

SIGHT SEEING
Sementara tunggu waktu berbuka puasa, aku ke Pantai Olie Pier, Pantai Serdang dan Pantai Nyiur Melambai.

Jarak antara satu pantai dengan pantai yang lain tak lah jauh sangat. Kurang lebih 4km ke 5km saja. Cantik-cantik pantai di Belitung Timur.

Sempat juga aku bermesra dengan anak-anak pesisir pantai mengingatkan aku kepada Lintang. Anak pesisir yang mahu sekolah dan mahu belajar.

Destinasi dan perbelanjaan
1. SD Muhammadiyah (Percuma)
2. Museum Kata Andrea Hirata – Sovenir: 300,000
3. Empangan Pice (Percuma)
4. Rumah Buk Muslimah (Percuma)
5. Pasar – Menjejak Laskar Pelangi (Percuma)
6. Manggar (Percuma)
7. Warong Kopi Manggar
• Kopi Manggar: 4,000
• Makan: 15,000 (satey), 25,000 (nasgor)
• Aqua: 8,000
• Biskut: 5,000
8. Pantai Olie Pier (Percuma)
9. Pantai Serdang (Percuma)
10. Pantai Nyiur Melambai (Percuma)
11. Penginapan Nusa Indah – 150,000
12. Sewa Motor 70,000 dan petrol 50,000

Tips: Jalan terus.

HARI 4 (Manggar – Tanjung Pandan)
Pagi-pagi lagi aku dah meneruskan perjalanan melihat-lihat danau yang ada di sekitar Manggar. Terlalu banyak. Kesemuanya terlalu cantik. Dan aku pun jadi gila.

Untuk perjalanan pulang dari Manggar ke Tanjung Pandan, aku lalu jalan lama. Jadi jarak dia lebih jauh kurang lebih 90km.

Tak sampai suku perjalanan, hujan turun mencurah-curah dan aku kebasahan. Aku berhenti mencari tempat berteduh. Bila hujan, aktiviti yang boleh dilakukan jadi terhad.

Seharusnya, hari ini aku pergi mendaki Gunung Tajam. Gunung Tajam ialah kawasan paling tinggi di Pulau Belitung. Dengan ketinggian cuma sekitar 510mdpl, aku tak tahu kenapa ia digelar gunung.

Di Gunung Tajam ada satu air terjun yang amat cantik namanya Air Terjun Gurok Beraya. Oleh kerana hujan yang berpanjangan, aku terpaksa batalkan hasrat aku untuk mendaki Gunung Tajam. Frust betul.

Oleh kerana aku tak dapat buat apa-apa aktiviti, aku cuma pergi sembahyang teraweh saja di masjid. Selepas teraweh, Choky bawa aku pergi makan satay.

Destinasi dan perbelanjaan
1. Sewa Motor – 70,000 dan petrol 30,000
2. Makan & lain-lain – 100,000
3. Hotel – 90,000

Gantong
Pak Harfan
Monumen Kota Manggar
Anak Pesisir
Monumen Manggar
Olie Pier
Danau Toska
BUK MUS
BUK MUS
BUK MUS

Pelabuhan
Pelabuhan Laskar Pelangi
Tanjung Tinggi

HARI 5 (Tanjung Pandan – Pantai Tanjung Tinggi)
Hari ini dihabiskan di tepi pantai. Choky bawa aku jalan-jalan ke Pantai Tanjung Tinggi untuk melihat lokasi penggambaran Laskar Pelangi.

Niat dihati nak pergi Island Hopping, tapi harga sewa sebuah bot terlalu mahal dan aku tak mampu. Satu bot disewakan 450,000 untuk island hopping.

Kalau datang dalam satu kumpulan, boleh kongsi-kongsi. Selain Island Hopping, boleh pergi diving sekali.

Tetapi, kalau mahu dive di Belitung, minima untuk satu trip diving ialah 2 orang. Jadi, aku tak boleh dive sebab tak punya dive buddy.

Oleh yang demikian, aku Cuma habiskan masa berpeleseran ditepi pantai dan berbual-bual dengan Choky tentang sejarah Belitung, keluarga, cita-cita dan makanan kegemaran.

Pengembaraan ke Belitung kali ini masih tidak lengkap kerana aku tak berjaya ke Pulau Lengkuas, Pulau Kepayang dan Pulau Pasir. Mungkin tahun hadapan aku akan kembali bersama rakan-rakan.

Destinasi dan perbelanjaan
1. Pantai Tanjung Tinggi (Percuma)
2. Pantai Tanjung Kelayang (Percuma)
3. Makan & Minum: 30,000
4. Sovenir
Telekung 125,000
Tudung 3 helai 35,000 x 3
5. Hotel – 90,000

Tips: Enjoy every moment.

HARI 6 (Tanjung Pandan – Jakarta)
Pesawat dari Tanjung Pandan ke Jakarta bertolak awal pagi. Choky hantar aku ke bandara dan kami berpisah dan aku berjanji akan datang kembali bersama rakan-rakan.

Sepanjang perjalanan dari Tanjung Pandan ke Jakarta, aku asyik memikirkan cepatnya masa berlalu. Indahnya Belitung aku masih tak puas menikmati kedamaiannya.

Tak punya ‘macet’. Tak punya bangunan pencakar langit. Tak punya pusat hiburan yang bising. Tak punya orang yang aneh-aneh. Orang Belitung semuanya baik-baik. Peramah, dan penyanyang.

Mungkin di lain kesempatan, aku perlukan sebulan untuk meneroka Belitung. Untuk setiap keindahanmu, sampai jumpa lagi, Belitung

Hari terakhir di Jakarta, aku tinggal bersama keluarga Daniel Mahendra. Terima kasih Mas kerana banyak membantu dan mendorong aku agar terus berpetualang. Cewah!

Destinasi dan perbelanjaan:
1. Bas Kalideres: 40,000
2. Angkut Lebak Bulus: 5,000
3. Makan & Minum: 35,000
4. Shopping: 300,000

Tips: Kuatkan mental kerana esok sudah mahu pulang ke Malaysia.

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN: RM 380 + IDR 2,899,000 (~RM900) = RM1,280

A. PENGANGKUTAN
1. Tiket KUL – CGK (Return): RM 150.00
2. Tiket CGK-TJQ (Return): RM 230.00
3. Sewa Motor & Petrol: IDR 340,000
4. Public Transport (UBER, Bas, Angkot etc): IDR 239,000

B. PENGINAPAN
1. Hotel: IDR 720,000

C. MAKAN & MINUM
1. Sepanjang Trip: IDR 287,000

D. WISATA ENTRANCE FEE
1. Sepanjang Trip: IDR 18,000

E. CENDERAMATA
1. Jakarta: IDR 300,00
2. Belitung: IDR 530,000

F. MISCELLANIOUS
1. Simkad: IDR 165,000
2. Lain-lain: IDR 350,000

Daftar Kata
1. Bandara – Lapangan Terbang
2. Toska – Turquoise
3. Macet – Traffic Jammed
4. Pas – sesuai

Masjid
Muzeum Kata Andrea Hirata
Tanjung Tinggi

Baca lagi: Itinerari Bajet 4 Hari 3 Malam Ke Acheh Indonesia