Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Nazri Aziz meminta semua rakyat Malaysia yang kecewa dan marah dengan apa yang dikatakan oleh pelawak Jocelyn Chia untuk lebih bertenang.

Beliau memberitahu Sinar Daily bahawa rakyat Malaysia dan mereka yang naik angin dengan bahan Chia untuk tidak menjadi seseorang yang mudah marah dengan kritikan atau mengambil sikap tenang.

Baca Juga:

“Komen saya (mengenai perkara itu) kenapa tidak ambil batu letakkan di atas tanah dan kemudian kata ini kepala bapa kamu dan kemudian pijak kaki kamu di atasnya!” katanya dalam mesej teks kepada Sinar Daily.

Terdahulu, Jocelyn dikecam rakyat Malaysia selepas perkongsian video dia membuat persembahan di Comedy Cellar, New York menjadikan insiden MH370 sebagai bahan jenaka.

Dalam masa yang sama, kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang dikatakan berasal dari negara itu.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, beliau sangat terkejut dengan komen-komen menyinggung yang dibuat oleh Jocelyn dalam sebuah pementasan komedi berdiri baru-baru ini, petik Astro Awani.

“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala dalam satu kenyataan pada Rabu.

Untuk rekod, sebelum dilantik sebagai duta, Nazri adalah Ahli Parlimen Padang Rengas, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang.