Kim Jong-un, pemimpin Korea Utara telah hadir ke Rusia untuk bertemu Vladimir Putin bagi mengukuhkan pakatan di tengah-tengah perang yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine.

Dia hadir ke Rusia menaiki keretapi hijau dari Pyognyang ke Rusia untuk bertemu Vladimir Putin. Difahamkan bahawa kereta api ini membawa 100 pegawai keselamatan, peluru dan bom serta dilengkapi senjata perang dan helikopter untuk menyelamatkan diri dalam keadaan darurat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilaporkan oleh Aljazeera, sejak mengambil alih kekuasaan pada 2011, Kim Jon-un telah melakukan tujuh perjalanan antarabangsa dan melintasi perbatasan ke Korea Selatan dua kali, menggunakan kereta api untuk beberapa perjalanannya ke luar negeri.

KCNA, agensi berita rasmi Korea Utara memaparkan Kim Jon-un duduk bersama penumpang lain di kursi kulit berwarna merah muda. Selain itu, menurut Orient Express, difahamkan bahawa Kim turut ditemani oleh gadis-gadis cantik yang menjadi pelayan keratapi.

Untuk rekod, pertemuan di Rusia telah menimbulkan kebimbangan di Amerika Syarikat dan di tempat lain bahawa Kim mungkin bersedia untuk menjual senjata kepada Moscow untuk perangnya di Ukraine, mungkin sebagai pertukaran untuk teknologi yang akan memajukan cita-cita ketenteraannya.

Pemimpin Korea Utara itu juga dijangka melawat kilang pesawat dan berkunjung ke Vladivostok di mana dia akan melihat armada Pasifik Rusia. Delegasi Kim termasuk menteri pertahanannya, komander tertinggi tenteranya dan pengarah jabatan senjata negara.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby berkata bahawa tiada negara di dunia dan tiada siapa yang harus membantu Putin membunuh rakyat Ukraine yang tidak bersalah.

Seorang pakar memberitahu VOA bahawa Korea Utara dan Rusia nampaknya telah mencapai kesepakatan, yang merupakan kemenangan bagi mereka tetapi mengganggu ketenteraman dunia dan kestabilan serantau.

Mark Fitzpatrick, yang bekerja di Institut Kajian Strategik Antarabangsa, memberitahu VOA, “Saya fikir ia sangat penting untuk mereka bertemu. Ini adalah petunjuk bahawa ini adalah teknologi yang Korea Utara mahukan. Memandangkan dua pelancaran satelit pengintip terakhirnya gagal, Korea Utara memerlukan bantuan sedemikian.”