“Doktor, siapa sebenarnya yang layak guna petak parkir OKU?”

Saya dah pernah kemukakan soalan yang sama pada beberapa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), majlis-majlis perbandaran/ bandaraya berkenaan, tetapi tidak mendapat jawapan yang jitu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Berdasarkan cebisan maklumat-maklumat yang saya dapat daripada mereka, saya dapat disimpulkan bahawa, jika pemandu OKU itu boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut, maka dia boleh menggunakan kemudahan petak parkir khas OKU.

1. Kad OKU (JKM).

2. Lesen memandu OKU (JPJ).

3. Kenderaan berdaftar untuk kegunaan OKU (JPJ).

4. Pelekat OKU dipamerkan pada kenderaan (JPJ).

Kegagalan mengemukakan dokumen-dokumen tersebut sewaktu menggunakan petak parkir OKU pula boleh dikenakan kompaun.

Kuasa pengeluaran kompaun bagi penyalahgunaan petak parkir khas OKU pula adalah terletak di bawah bidang kuasa penguasa setempat, iaitu; Majlis Perbandaran/Bandaraya atau pemilik kawasan jika ia adalah parkir persendirian. Bukan bidang kuasa JPJ.

Oleh itu, sebarang laporan tentang penyalahgunaan kemudahan parkir khas OKU, hendaklah dibuat kepada pihak penguasa setempat untuk tindakan lanjut.

Saya berpendapat bahawa walaupun OKU secara umumnya layak menggunakan petak pakir khas ini, OKU yang mampu berjalan perlu mempertimbangkan niat menggunakan kemudahan tersebut kerana ia diutamakan kepada pemandu berkerusi roda. Ini pendapat peribadi saya.

Penulis, Dr Kamarul Ariffin adalah seorang Pegawai Perubatan Rehabilitasi.
Penulis, Dr Kamarul Ariffin adalah seorang Pegawai Perubatan Rehabilitasi.

Ada juga pihak yang mengutarakan kepada saya tentang kemusykilan mengenai kelayakan pemandu berupaya yang membawa penumpang OKU.

Saya faham masalah yang dihadapi oleh penjaga dan ibubapa kepada OKU. Terutamanya OKU berkerusi roda yang perlu pantauan setiap masa, contohnya; kanak-kanak cerebral palsy.

Jika OKU ini diiringi oleh 2 penjaga, bolehlah anak OKU bersama seorang pengiring diturunkan di “drop-off point”, kemudian pemandu pergi mencari petak parkir. Jika hanya ada seorang pengiring, pengiring ini perlukan petak parkir khas tersebut untuk menguruskan pemindahan (ingress/egress) OKU daripada kereta ke kerusi roda dan sebaliknya.

Adakah pengiring ini layak digunakan kemudahan ini?

Setakat ini, saya tidak berani memberi apa-apa komen atau jawapan. Saya masih mencari maklumat sahih berkenaan isu tersebut. Jika memang tiada garis panduan yang konkrit tentang kelayakan penggunaan petak parkir OKU, ada baiknya pihak KKM, JPJ, Majlis Perbandaran dan pihak-pihak yang terlibat duduk semeja dan berbincang agar teka-teki yang tiada jawapan jitu ini dapat diselesaikan.

Marilah menuju ke arah masyarakat yang lebih inklusif #inclusivesociety.

Borang dan syarat-syarat permohonan pendaftaran kenderaan dan pelekat pemandu OKU, boleh didapati di laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) Malaysia.

Jika ada mana-mana pegawai JPJ atau pihak berkenaan yang boleh bantu saya dapat maklumat sahih tentang isu ini, boleh PM saya.

Sumber