Sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke-60, Lazada kini sedang menawarkan promosi Merdeka Sale sehingga 80% potongan harga terutama untuk produk-produk keluaran Malaysia. Menariknya promosi kali ini, pelbagai barangan buatan Malaysia bermula dari produk elektronik, perabot, kosmetik hinggalah pakaian kiniditawarkan pada harga lebih rendah.

Peluang setahun sekali ini hanya sah selama 6 hari sahaja bermula 25 Ogos dan akan berakhir pada 31 Ogos ini. Bantu anda buat pencarian lebih mudah, di bawah ini kami senaraikan antara ‘top 5’ jenama Malaysia yang menjadi pilihan Vocket pada Merdeka Sale kali ini.

1. Kenje
Kenje merupakan jenama  Malaysia yang berkualiti serta selesa digunakan untuk set fabrik seperti tuala mandi, cadar, selimut, bantal dan lain-lain. 3 produk Kenje yang berbaloi untuk anda dapatkan pada promosi kali ini.

Bantal (2pcs) RM25.00

bantal

2 biji bantal pada harga RM25 memang sangat berbaloi untuk dimiliki. Bantal keluaran Kenje ini memang boleh dipuji, ianya sangat selesa dan empuk setanding dengan jenama antarabangsa yang lain. Kebiasaanya, untuk bantal berjenama yang berkualiti dijual pada harga sekitar RM39.00 dan keatas, tetapi Kenje menawarkannya hanya pada harga RM25 untuk 2 biji. Memang berbaloi, boleh dapatkan di sini.

Set Cadar (Queen) RM47.90

cadar queen

Bagi peminat dekorasi gaya minimalis yang sedang mencari set cadar warna putih untuk katil queen, ini peluang untuk anda memilikinya. Kenje kini sedang membuat potongan harga sehingga 60%, set cadar berserta 2x sarung bantal dan 1x sarung bantal peluk. Selain warna putih, terdapat 2 lagi pilihan warna yang menarik iaitu turqoise, unggu dan coklat. Boleh dapatkan di sini.

Tuala mandi (2 helai) RM38.80

tuala

Tuala mandi microfiber untuk serapan air yang sempurna kini sudah boleh dimiliki dengan hanya RM38.80 untuk 2 helai. Boleh dapatkan di sini.

2. Siti Khadijah

telekung siti k

Siti Khadijah merupakan jenama Malaysia yang sudah berjaya melebarkan sayap ke taraf antarabangsa. Sudah tentu kualiti jenama yang terkenal dengan pakaian muslimah ini tidak patut diragukan lagi. Salah satu produk paling laris adalah telekung Siti Khadijah. Pada Merdeka Sale kali, harga untuk set telengkung Siti Khadijah kini boleh dimiliki serendah RM130 sahaja. Dapatkan untuk ibu tersayang di sini.

3. Khind

Produk elektronik buatan Malaysia yang sudah beroperasi sejak tahun 1998 ini tidak pernah menghampakan. Antara the best produk elektronik buatan Malaysia yang berkualti pada harga rendah. 3 barangan elektrik pada harga paling murah yang ditawarkan oleh Khind sempena Merdeka Sale kali ini.

k1

Seterika ‘non-stick soleplate’ RM49.90. Dapatkan di sini.

k2

Pembakar roti dengan jaminan selama 2 tahun, RM59.00. Boleh dapatkan di sini.

k3

Periuk nasi juga disertakan dengan 2 tahun jaminan berharga RM79. Boleh dapatkan di sini.

4. MF Design by Jerry Studio

mf design

Untuk perabot pula, kami pilih jenama MF Design kerana rekabentuk perabot yang dihasilkan tampak lebih moden dan elegan, sesuai dengan citarasa masyarakat sekarang. Rekaan terbaru, meja pejabat yang cool ini boleh dimiliki pada harga RM159. Satu tawaran paling menarik untuk direbut di MF Design. Boleh dapatkan di sini.

5. Safi

safi

Produk penjagaan kulit Safi turut menawarkan pelbagai promosi semperna Merdeka Sale kali ini. Antara produk menarik untuk dicuba adalah set Aspirasi Safi Oxywhite. Sesuai untuk kulit normal dan kulit kering atau gersang. Kini boleh didapati pada harga RM28.09 sahaja. Lihat di sini.

Nak nampak cantik tak semestinya perlu pakai produk mahal-mahal kan? Yang penting bukan suplement timbang kilo!