Umum tahu Malaysia kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terdapat kawasan yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekaligus membuatkan pergerakan menjadi terbatas.

Dalam pada itu, Lazada sedia memudahkan para pengguna dengan menawarkan beberapa tawaran menarik sempena Mid-Year Sale yang bakal berlangsung bermula 5 hingga 7 Julai 2021.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Penawaran Penghantaran Percuma ‘RM0’

photo6269479971357568093 (1)

Pada kali ini, Lazada sedia memperkenalkan promosi Penghantaran Percuma ‘RM0’ tanpa perbelanjaan minimum. Tawaran ini membolehkan pengguna menebus baucar sepanjang Unexpected Mid-Year Sale. Pengguna boleh klik di sini untuk menebus.

Selain itu, Lazada buat pertama kalinya bakal memperkenalkan baucar Penghantaran Percuma ‘RM0’ yang tersembunyi dalam aplikasi di mana pengguna boleh mengurangkan yuran penghantaran kepada sifar berikutan nilai had diskaun maksimum RM10 adalah jauh lebih tinggi daripada yuran penghantaran biasa di Lazada.

Rahsia untuk mendapatkan baucar Penghantaran Percuma ‘RM0’ adalah cukup mudah. Hanya perlu meminta baucar istimewa ini daripada CLEO iaitu ejen perkhidmatan pelanggan maya Lazada yang dipacu dengan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ikuti langkah-langkah mudah berikut di aplikasi Lazada:

• Klik butang Account di sudut kanan bawah
• Klik butang Chat with Customer Care untuk berbual dengan CLEO
• Akhir sekali, tanya CLEO, “Hey Lazada, can I please have the RM0 Free Shipping?

Pra-tempahan Chup Dulu

Walaupun dengan semua diskaun luar biasa dan harga rendah yang ditawarkan sempena Unexpected Mid-Year Sale, pembeli bijak masih boleh berjimat dengan lebih lagi menerusi Chup Dulu iaitu fungsi pra-tempahan di aplikasi Lazada.

Hanya dengan membayar non-refundable deposit sebanyak 10% bermula sekarang sehingga 6 Julai, pelanggan sudah boleh menempah produk idaman ramai daripada jenama-jenama LazMall termasuk Estee Lauder, Innisfree, LANEIGE, Lancôme, L’OCCITANE, Vans, Adidas dan banyak lagi.

Pada 7 Julai, pembeli yang telah Chup Dulu akan dapat menyempurnakan proses pembelian tanpa perlu berebut dengan orang lain. Menarik bukan?

Rancangan Chief Discount Officer

Lazada juga bakal kembali memperkenalkan rancangan Chief Discount Officer (CDO) dengan episod harian sepanjang Unexpected Mid-Year Sale di saluran LazLive bermula jam 9 malam hingga 10 malam, mulai 5 hingga 7 Julai. Pelbagai baucar dan tawaran eksklusif akan disediakan dalam rancangan tersebut.

Buat anda yang belum memuat turun aplikasi Lazada, anda boleh mendapatkannya melalui Android dan juga iOS. Pastinya, pelbagai barang akan tersedia dengan harga promosi dan anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih rendah sempena Mid-Year Sale yang bakal berlangsung. Ketahui lebih lanjut mengenai sale terbaru Lazada dengan klik di sini.

Sebelum ini Lazada mengumumkan penawaran barangan sepantas 24 jam untuk pembelian barangan runcit dalam memudahkan pengguna.

Lazada Sedia Tawarkan Penghantaran Sepantas 24 Jam Untuk Pembelian Barangan Runcit

PPUM Kumpul Sumbangan Peralatan Perubatan Dan PPE Melalui Lazada