The Baker’s Son, kedai roti rangkaian Jaya Grocer, kini tampil berwajah baharu selepas lebih sepuluh tahun menyediakan roti berkualiti tinggi dan telah diperkenalkan di Sunway Geo serta akan segera diperluaskan ke semua
cawangan pada masa akan datang.

Menurut Ketua Chef Pastri The Baker’s Son, misi mereka sejak dahulu adalah untuk menyediakan alternatif yang sihat kepada pelanggan tanpa menjejaskan kualiti atau rasa.

Baca Juga:

Malah, wajah baharu ini bertujuan untuk memenuhi pelbagai cita rasa dalam kalangan masyarakat yang semakin prihatin akan kesihatan.

“Penampilan baharu kami merangkumi seluruh koleksi roti, bermula dari roti klasik hingga French butter croissants – yang terjual lebih daripada 100,000 keping setiap bulan!

“Tidak lama lagi, kami juga akan memperkenalkan The Baker’s Son patisserie di beberapa cawangan terpilih, menawarkan pilihan kek berukuran 4 inci yang ideal untuk keluarga dan majlis kecil.” ujar Daniel Teng, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer.