Jika ke Sandakan, pastinya hotel pilihan ramai adalah Hotel Four Points by Sheraton yang bertaraf 5 bintang. Pastinya berita ini akan membuatkan ramai orang berasa sedih.

Difahamkan, satu-satunya hotel bertaraf 5 bintang itu telah secara rasmi tutup operasi pada 31 Mei 2020 selepas beroperasi lebih dari 7 tahun. Pada hari terakhirnya, hotel tersebut menghantar pesanan terakhir dengan bertulis ‘Thanks All’ melalui susunan lampu bilik bangunannya.

Lokasinya yang strategik dan tampil dengan pemandangan yang cantik dari tingkap bilik menjadi sebab utama hotel ini menjadi pilihan ramai orang untuk menginap. Berikutan penularan wabak pandemik COVID-19, kini hotel ini terpaksa ditutup.

Adakah anda pernah menginap di hotel Four Points by Sheraton di Sandakan ini? Jika pernah, kongsikan kenangan anda berada di sini.

Tahukah anda bahawa Genting Malaysia akan buang pekerja? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Berdepan Kerugian Kerana COVID-19, Genting Malaysia Bakal Buang Pekerja Dan Struktur Semula Operasi

Lokasi Pelancongan Hebat Yang Anda Boleh Lawati Jika Berada Di Sabah

6 Tempat Makan Yang Anda Perlu Cuba Jika Bercuti Di Sabah

Sumber