Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat lambakan produk televisyen yang muncul dalam pasaran di mana masing-masing hadir dengan keunikan serta teknologi yang tersendiri.

Tidak terkecuali juga soundbar yang dilihat sebagai altenatif kepada home theater dalam menawarkan bunyi yang jelas, realistik dan juga mengekalkan saiz yang kompak.

Kedua-dua produk ini sering kali menjadi rebutan khususnya mereka yang mahu berhibur bersama keluarga dan juga para gamer konsol.

Dalam mencari produk terbaik, kami tertarik dengan dua produk terbaru daripada Samsung iaitu Samsung Neo QLED 4K QN85C dan juga Samsung Soundbar HW-Q800C. Berikut merupakan sebab mengapa dua produk ini menjadi pilihan serta sesuai dipilih oleh orang ramai.

Samsung Neo QLED 4K QN85C

Model terbaru daripada Samsung ini ditawarkan dengan empat saiz skrin yang berbeza iaitu 55-inci, 65-inci, 75-inci dan juga 85-inci. Sokongan empat saiz berbeza ini secara tidak langsung bakal memudahkan pembeli mendapatkan model yang sesuai mengikut jarak tontonan.

Mengulas mengenai paparan, para pengguna bukan sahaja berpeluang menikmati resolusi 4K, malah menerusi teknologi Neural Quantom Processor 4K, para pengguna berpeluang menikmati paparan 4K beserta bantuan AI.

Dalam erti kata lain, gambar yang dipaparkan lebih menarik dan kemas menerusi bantuan HDR remastering.

Sokongan port USB dan HDMI yang pelbagai pastinya memudahkan para gamer atau mereka yang mempunyai player yang pelbagai untuk dipadankan pada TV dengan mudah.

Oh ya, mengulas buat para gamer, sudah pastinya model yang mempunyai kadar refresh rate yang tinggi serta paparan berdefinisi tinggi antara yang menjadi kriteria.

Menariknya, kedua-dua kriteria ini tersedia pada Samsung Neo QLED Q85C di mana para gamer berpeluang mengaktifkan Boss mode untuk tontonan paparan 4K dengan refresh rate 120Hz.

Buat anda yang kerap menonton siri atau filem menerusi aplikasi penstriman, model ini turut menyokong Samsung Smart Hub UI di mana turut berpeluang memilih seleksi aplikasi dengan mudah dan pantas. Pembukaan aplikasi yang smooth antara yang dijanjikan bagi model ini.

Samsung Soundbar HW-Q800C

Tidak sah rasanya jika sudah memiliki televisyen yang serba hebat namun tidak dipadankan dengan soundbar yang mampu menawarkan kualiti bunyi yang hebat.

Berkongsi jenama yang sama, Samsung Soundbar HW-Q800C berjaya mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan soundbar pertama dunia dengan sokongan Dolby Atmos yang boleh disambungkan secara wireless.

Sesuai buat anda yang mementingkan ruang susunan yang kemas dan estetik, padanan dua model ini adalah jawapannya. Bukan itu sahaja, para pengguna juga turut diberikan bersama sebuah subwoofer yang kompak.

Dalam pada itu, jangan terkejut sekiranya audio yang ditawarkan soundbar beserta sebuah subwoofer ini seolah hadir daripada pelbagai arah menerusi teknologi unik yang tersedia.

Oh ya, tidak hanya menawarkan audio 5.1.2 seolah menggunakan home theatre, Samsung Soundbar HW-Q800C ini juga turut dilengkapi dengan teknologi SpaceFit Sound Pro.

Menerusi teknologi Samsung Spacefit Sound Pro, model ini berpeluang menawarkan kualiti audio terbaik mengikut ruang sesebuah tempat. Cool bukan?

Sangat sesuai buat anda yang mahu mendapatkannya untuk kegunaan menonton movie atau bermain game di mana model ini mampu menawarkan bunyi yang optimum mengikut keluasan rumah anda.

Harga

Mengulas mengenai harga, Samsung sedia menawarkan harga yang istimewa buat para pembeli yang mahu mendapatkan model terbaru Samsung ini.

Samsung Neo QLED 4K sedia ditawarkan pada harga bermula daripada RM7,299 sehingga RM18,599 mengikut jenis saiz model. Samsung Soundbar HW-Q800C ini sedia ditawarkan dengan warna hitam sahaja pada harga serendah RM3,999.

Mungkin ada yang berpendapat harga yang ditawarkan agak premium walau bagaimanapun, boleh kami katakan berdasarkan teknologi serta penawaran yang tersedia pada model ini, harga yang ditawarkan adalah berbaloi.

Nak tahu apa yang lebih menarik? Samsung turut menawarkan diskaun buat anda yang mahu mendapatkan Samsung Neo QLED 4K beserta Samsung Soundbar secara serentak.

Bukan itu sahaja, para pembeli turut berpeluang membuat bayaran secara ansuran sehingga 36 bulan tanpa kadar faedah beserta penerimaan Samsung Points sehingga 3 kali ganda. Sokongan wall-mount bracket bernilai RM330 turut diberikan secara percuma.

Sekiranya anda mempunyai televisyen lama di rumah, mungkin ini masanya untuk anda trade-in bersama Samsung kerana Samsung sedia menerimanya dengan harga sehingga RM700 beserta rebat RM600.