Sekiranya dahulu rasuah hanya diberikan dalam bentuk wang atau pun barang berharga, kini sudah dikesan penawaran berupa kriptowang pula. Memang tidak dinafikan kriptowang sememangnya lebih selamat namun sering kali disalah gunakan untuk tujuan jenayah.
Terbaharu, Tan Sri Azam Baki selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa kini terdapat rasuah dibayar menggunakan kriptowang. Hal ini sekaligus menyukarkan pengesanan sesuatu transaksi dan penyelesaian kes menjadi semakin rumit.
Baca Juga:
- Bahana Mempromosikan Kriptowang, Kim Kardashian Terpaksa Bayar Penalti RM5.86 Juta
- Dituduh ‘Scam’ RM279 Bilion, Interpol Keluar Notis Merah Kepada Pengasas Kriptowang Terra

Tambah beliau lagi, pihak SPRM dan Bank Negara sedang mencari cara dalam mengesan pembayaran rasuah menerusi dunia maya agar aktiviti pencegahan seiring dengan perubahan zaman dan teknologi.
SPRM memainkan peranan besar dalam menguatkuasakan undang-undang serta memberi pendedahan kepada masyarakat demi menjadi badan pencegah rasuah yang disegani. Malah, beliau juga menegaskan perlu berfikiran seperti generasi mudah untuk memahami trend semasa bagi mencegah aktiviti rasuah alaf baharu.
Sementara itu, pekerja disarankan untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan berkaitan kriptowang supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi, pembangunan dan modus operandi penjenayah. Beliau juga menyatakan dalam tempoh lima tahun akan datang bakal wujudnya kes-kes rasuah yang lebih canggih dengan wujudnya teknologi baharu.