Syarikat DJI didapati telah mengemaskini penawaran dron kamera kompak mereka. DJI Mini 2 SE adalah dron pertama tahun 2023 daripada syarikat DJI dan ia membawa beberapa naik taraf berbanding sebelumnya.

DJI Mini 2 SE kini dilancarkan secara rasminya di Malaysia sebagai model kemaskini untuk dron bersaiz kompak serta boleh dilipat. Dengan menggekalkan tubuh yang ringgan kira-kira 249 gram, dron baharu ini juga dimuatkan dengan sokongan sistem transmisi OcuSync 2.0 yang membolehkan dron terbang dua kali lebih jauh berbanding generasi terdahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: DJI

Menariknya, sistem baharu ini juga membolehkan dron itu merakam video yang lebih stabil walaupun pada jarak yang jauh. Kamera dengan sensor CMOS 1/2.3-inci ini mampu mengambil gambar pegun pada 12MP dan merakam video mencapai resolusi 2.7K.

Malah, kamera ini juga dipasang dengan gimbal tiga paksi bertujuan menstabilkan rakaman gambar dan video secara mekanikal. Di samping itu, kamera ini mempunyai sokongan zum digital sehingga 4X sewaktu merakam video beresolusi HD.

Sumber Gambar: DJI

Bateri yang disertakan pula mampu membolehkan dron ini membuat penerbangan selama 31 minit dengan sekali pengecasan sahaja. DJI juga menawarkan pek pembelian kombo untuknya yang didatangkan bersama bateri tambahan, kipas dan sarung pelindung untuk dron.

Sumber Gambar: DJI

DJI Mini 2 SE kini dijual di Malaysia pada harga RM1,599 seunit atau boleh dibeli dalam pek kombo yang berharga RM2,149 menerusi Shopee, Lazada dan pengedar rasmi di seluruh Malaysia.

Sumber