Amazfit T-Rex Ultra merupakan jam tangan pintar tahan lasak baharu yang diperkenalkan pada dua bulan lalu kini tiba rasmi ke dalam pasaran Malaysia.

Sesuai dengan namanya, jam ini hadir tahan lasak yang ekstrem malahan didakwa menggunakan teknologi tentera daripada perkakasan sehinggalah ke perisiannya.  Ini sedikit sebanyak informasi berkenaan jam tangan pintar ultra lasak ini.

Baca Juga:

Amazfit T-Rex Ultra

Sumber Gambar: Amazfit

T-Rex Ultra ini direka khas buat mereka yang aktif dengan sukan lasak di luar seperti terjun udara, berenang dan banyak lagi. T-Rex Ultra ini menyokong perlindungan air 30 meter 10ATM, ciri menyelam, senaman, pernafasan serta sokongan dual-band GPS.

Sumber Gambar: Amazfit

Malah, ketahanan bateri boleh berpanjangan dengan dakwaan tahap 20% boleh bertahan selama seminggu. Bukan itu sahaja, skrin sejenis AMOLED 1.39-inci dengan kecerahan maksimum mencapai 1,000 nits sekaligus boleh digunakan walau di mana jua.

Sumber Gambar: Amazfit

GPS pada jam ini turut boleh memaparkan arah kiblat dan menjanjikan penjejakan lokasi yang lebih tepat. Menariknya dengan Zepp OS 2.0 pengguna boleh memuat turun banyak aplikasi seperti GoPro, memuat turun peta dan banyak lagi.

Sumber Gambar: Amazfit

Jam ini hadir dengan rekaan seakan jam ternama di dalam pasaran yang mana boleh didapatkan pada harga lebih murah.  Amazfit T-Rex Ultra akan dijual pada harga RM1,899 bermula 18 Mei ini.

Sumber