Pada pagi ini, Apple juga memperkenalkan jam paling berkuasa mereka iaitu Apple Watch Ultra 2. Dengan pengenalan versi terbaharu ini, anda boleh menjangkakan teknologi dan ketahanan jam yang lebih padu menerusinya.

Apple Watch Ultra 2 kini disertakan dengan pelbagai ciri menarik yang pasti sangat diminati oleh pengguna yang ekstrem di luar sana.

Baca Juga:

Apple Watch Ultra 2

Sumber Gambar: Apple

Apple Watch Ultra 2 hadir dengan cip Apple S9 yang dikemaskini sekaligus menawarkan prestasi yang lebih baik daripada sebelumnya. Di samping itu, jam pintar ini juga disertakan panel paparan yang lebih terang di mana mencapai 3,000 nit sekaligus sesuai untuk kegunaan outdoor.

Apple Watch Ultra ini juga direka untuk kegunaan ekstrem yang mana telah diuji daripada di bawah dasar laut sedalam 500 meter sehingga setinggi altitud 9,000 meter di puncak tertinggi dunia.

Sumber Gambar: Apple

Tambahan yang dibawakan pada versi kali ini adalah terdapat sensor baharu yang boleh mengaktifkan ciri mod gelap secara automatik. Seperti pada Apple Watch S9, jam pintar Ultra 2 ini turut menyertakan ciri gestur double-tap untuk melakukan beberapa perkara dengan pantas.

Apple mengatakan Apple Watch Ultra 2 ini boleh digunakan selama 36 jam untuk kegunaan seharian dan boleh mencapai 72 jam di dalam mod jimat tenaga. Beberapa ciri kecergasan turut ditambah baik bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Sumber Gambar: Apple

Apple Watch Ultra 2 dengan tali jam 49mm akan ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM3,799. Anda yang berminat boleh mendapatkan jam pintar Apple terbaharu ini dengan beberapa pilihan tali jam mengikut citarasa dan penggunaan masing-masing.