Setelah lama dinantikan oleh peminat tempatan, kini Xiaomi Malaysia melancarkan model flagship terbaharu yang dikenali sebagai Xiaomi 13 Ultra. Siri kali ini memperlihatkan sejumlah peningkatan spesifikasi terutama pada bahagian kameranya.

Apa yang menariknya adalah kamera ini telah dihasilkan dengan kerjasama antara Xiaomi dan Leica. Untuk ketahui spesifikasi lebih lanjut, anda boleh teruskan bacaan di bawah.

Baca Juga:

Xiaomi 13 Ultra

Xiaomi 13 ultra
Sumber Gambar: Xiaomi

Xiaomi 13 Ultra hadir dengan skrin 6.73″ AMOLED LTPO 120Hz bersama lapisan kaca Corning Gorilla Glass sebagai perlindungan. Kemudian, dijana bersama cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 lalu dipadankan dengan memori 12GB RAM, dan storan dalaman 512GB.

Bateri sebesar 5,000 mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan berwayar 90W, pengecasan wireless 50W dan pengecasan wireless berbalik 10W. Xiaomi turut menyertakan mod hibernasi yang membolehkan peranti beroperasi sehingga 1 jam apabila bateri mencapai tahap 1%.

Xiaomi 13 ultra
Sumber Gambar: Xiaomi

Sistem kuad kamera 13 Ultra menjadi fokus utama peranti ini yang menggabungkan sensor sudut lebar 50MP 1-inci Sony IMX989, OIS + 50MP Sony IMX858 sudut ultra-lebar + 50MP Sony IMX858 zum optikal 3.2X, OIS + 50MP Sony IMX858 zum optikal 5X, OIS telefoto. Peranti turut boleh melakukan zum mencapai 120X.

Kamera ini dilengkapkan dengan pelbagai fungsi berkaitan Leica, sepeti dua pilihan gaya fotografi antara Leica Authentic dan Leica Vibrant serta lima penapis Leica iaitu Leica Sepia, Leica Blue, Leica Vivid, Leica Natural, Leica BW Natural dan Leica BW High Contrast.

Xiaomi 13 ultra
Sumber Gambar: Xiaomi

Kamera hadapannya bagaimanapun tiada jenama Leica dan hanya menggunakan sensor 32MP F2.0 yang terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin. Pengimbas cap jari di dalam skrin tersedia untuk tujuan sekuriti dan telefon ini kalis air dan debu IP68.

Ciri lain yang disediakan menerusinya termasuklah sistem audio stereo bersama dengan sokong HDR Dolby Vision serta HDR10+ yang mantap.

Sumber Gambar: Xiaomi

Bagi melengkapkan pengalaman seakan kamera Leica, kemasan bertekstur kulit digunakan sebagai bahan di belakang badan Xiaomi 13 Ultra. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan untuk pasaran Malaysia iaitu hitam dan hijau.

Harga

Seperti yang dijangkakan ramai, harga sudah pasti lebih mahal memandangkan Xiaomi 13 Ultra hadir dengan pelbagai perubahan baharu yang mampu memberikan pengalaman penggunaan dan fotografi yang lebih mantap. Harga jualan di Malaysia adalah RM5,199 dengan satu variasi ditawarkan iaitu 12/512 GB.

Pra-tempahan peranti akan bermula dari 23 Jun sehingga 29 Jun. Individu yang menempah akan menerima pencetak Xiaomi Instant Photo Printer 1S bernilai RM619 dan langganan Google One 100GB untuk 6 bulan.

Sumber