Diiktiraf sebagai kapal persiaran terbesar dunia, kapal persiaran Royal Caribbean Internantional, Icon of the Seas bakal dilancarkan pada bulan Januari 2024.

Menurut laporan, kapal persiaran tersebut boleh memuatkan sehingga 7,600 penumpang bersama dengan 2,350 anak kapal yang menampilkan kapasiti keseluruhan mencecah 10,000 orang dan saiz kapal ini dianggarkan kira-kira lima kali ganda lebih besar berbanding Titanic.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu, ia turut mempunyai enam gelongsor air dan sembilan whirlpool, lebih 20 premis makanan dan lebih 15 bar hiburan termasuklah sebuah bar karaoke.

Malah, ia turut menawarkan permainan seperti rock climbing, arcade serta padang golf mini untuk tetamu-tetamunya. Terdapat juga tempat persembahan yang dikenali sebagai AquaDome.

Difahamkan, pelayaran itu selesai melakukan ujian laut pertamanya pada Julai 2023 di Turku, Finland dimana melibatkan lebih daripada 450 pakar menjalankan ujian ke atas mekanik kapal selama empat hari.

Kapal itu perlu melalui pusingan kedua ujian laut akhir tahun ini, sebelum penampilan pertamanya yang dijadualkan di Miami pada Januari 2024.