Apple membuka tirai acara Wunderlust dengan melancarkan model terbaru Apple Watch menerusi model Apple Watch S9.

Berbeza dengan sebelum dinamakan sebagai Apple Watch Series 8 dan sebagainya, model pada kali ini dinamakan sebagai Apple Watch S9.

Model terbaru ini dibekalkan dengan cip Apple S9 SiP yang menawarkan prestasi yang lebih baik buat para pengguna. Selain itu, kecerahan pada model ini turut dipertingkatkan sehingga dua kali ganda berbanding Apple Watch Series 8.

Pada kali ini, fungsi Siri turut dipadankan dengan fungsi kesihatan dalam memudahkan pengguna. Fungsi Always On sekali lagi ditawarkan pada model ini.

Sebuah lagi fungsi unik yang tersedia pada model ini adalah fungsi Double Tap di mana pengguna sekadar perlu menggerakan jari untuk mengangkat panggilan berbanding berlu menekan butang pada skrin Apple Watch.

Mengulas mengenai warna, Apple Watch S9 sedia ditawarkan dengan pelbagai warna termasuk warna merah jambu yang pastinya bakal mendapat perhatian kaum wanita.