Masih menjadi tanda tanya mengapa majoriti Malaysia boleh memahami Bahasa Indonesia tetapi tidak bagi rakyat Indonesia walaupun sudah tinggal lama di Malaysia untuk memahami bahasa kita.
Baru-baru ini, seorang pemuda dari Thailand meluahkan rasa hairan mengapa majoriti warga Indonesia seperti sukar memahami Bahasa Malaysia walhal mempunyai lenggok yang sama.
Menurutnya, walaupun berasal dari Thailand, dia tetap masih boleh bertutur kedua-dua bahasa tersebut dengan fasih dan lancar.
“Saya orang Thai yang boleh bertutur Bahasa Malaysia atau Indonesia dan saya mahu cakap Bahasa Indonesia dan Maalysia itu sama la,” katanya.
Tambahnya, kalau orang Jawa boleh dikira rasional jika tidak boleh memahami Bahasa Malaysia kerana mempunyai dialek tersendiri.
Dia juga memberi perumpaan jika orang Indonesia tidak boleh berbahasa Malaysia itu seperti orang Jakarta berkata tidak reti bertutur dalam Indonesia.
Dia menekankan Bahasa Indonesia dan Malaysia menggunakan bahasa juga dan hanya terdapat sedikit perbezaan namun ia bukanlah memgubah maksud keseluruhannya sama sekali.
“Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia sama pakai Melayu juga, cuma beza pengucapannya serta beberapa kata sahaja yang berlainan,” ulasnya.
Jadi, dia memberi konklusi mengapa warga Indonesia yang tinggal lama di Malaysia masih gagal bertutur atau memahami Bahasa Malaysia disebabkan tidak cuba pakai, berkomunikasi dengan bahasa tempatan.
Dia malah melihat sendiri senario ini sewaktu di Malaysia tidak kira di pasar atau di mana-mana enggan menggunakan Bahasa Malaysia dan hanya berkomunikasi dengan bahasa negara asalnya sahaja.
Selain itu, dia percaya dialek melayu Malaysia tidaklah sesusah mana untuk difahami apatah lagi untuk dipelajari kerana mempunyai persamaan yang luas.
“Ni asyik dengan Indo sahaja, tak nak berkawan dengan Melayu, tak nak cakap Bahasa Melayu Malaysia,” tegurnya lagi.
@zulfatfazlan Bahasa Indonesia dan Malaysia menggunakan Bahasa yang sama
♬ original sound – พี่ฟัต – Zulfat Fazlan – พี่ฟัต – Zulfat Fazlan
Pada pengakhiran video, dia langsung menegaskan layaklah orang Indonesia masih ditakuk lama dan memberi alasan yang sama apabila gagal menguasai bahasa Malaysia di negara yang diduduki selama ini.