Kami yakin pasti ramai antara anda yang diajar sejak kecil untuk menabung. Tabungan yang sering kali diisi dengan duit syiling ini selalunya akan dibuka apabila tabung sudah penuh untuk mengetahui jumlah yang terisi di dalamnya.

Tahun berubah, zaman berganti, tabung juga turut menerima inovasi di mana kini turut terdapat tabung digital di pasaran. Hadir dengan rekaan seakan tabung biasa, tabung digital ini turut dilengkapi dengan penutup yang menyertakan skrin digital.

@masriahhassan

Lepas ni tak payah penat penat dah nak kira duit syiling. Asal ada je terus masok dalam tabung digital ni, tabung boleh tolong kirakan ✨ #racuntiktok #tiktokshop #tabungdigital #tabungtiktok #piggybank #savingmoney #tabunganviral #moneyjar #menabung

♬ original sound – Meghan Trainor

Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang menabung dan juga melihat secara terus jumlah wang yang disimpan secara terus menerusi skrin digital yang dipaparkan. Menarik bukan?

Menariknya, model tabung digital ini turut berpeluang membaca dan mengira duit syiling Malaysia baru dan lama yang dioperasikan menggunakan dua bateri AAA.

Sekiranya para pengguna mendapati jumlah yang dikira tidak tepat, para pengguna turut berpeluang mengubahnya semula menerusi dua butang tambah dan tolak yang tersedia pada bahagian atas tabung.

Tabung digital ini sedia ditawarkan di Shopee di mana pada ketika ini sudah menerima lebih 2,500 pembelian. Menurut review di Shopee, rata-ratanya berpuas hati dengan tabung digital ini. Anda juga boleh memulakan tabiat menabung dengan cara yang lebih fun melalui pembelian tabung digital dengan tabung digital.