Dua kejohanan besar sedang berlangsung ketika ini dimana peminat disajikan dengan aksi menarik dari temasya Copa America 2024 di Amerika Syarikat dan juga UEFA Euro 2024 di Jerman.
Dua pemain terbaik di dunia iaitu Cristriano Ronaldo dan Lionel Messi turut terlibat dalam dua temasya ini dimana Ronaldo mengetuai Portugal manakala Messi sekali lagi menjadi harapan Argentina.
Baca Juga:
- Media Antarabangsa Pandang Rendah Piala Asia 2023, Dakwa Copa America Lebih Popular
- Cristiano Ronaldo: Ini Euro Terakhir Saya
- Cristiano Ronaldo Dedah Sebab Menangis Selepas Gagal Sempurnakan Penalti
Kehadiran dua pemain ini lantas mencetus persoalan dimana peminat kedua-dua pemain mula membandingkan kejohanan mana yang lebih sukar untuk dimenangi dan kejohanan mana yang lebih berprestij.
Perdebatan di laman media sosial menunjukkan Copa America dianggap lebih mudah untuk dimenangi berbanding Euro atas beberapa faktor antaranya jumlah pasukan yang berpotensi untuk muncul juara lebih banyak di Euro berbanding Copa.
Kejohanan Eropah menyaksikan beberapa pasukan dianggap sebagai pilihan untuk muncul sebagai juara antaranya Perancis, Jerman, Sepanyol, Belanda, Portugal dan England berbanding Copa yang hanya ada tiga pasukan besar yang mempunyai potensi iaitu Brazil, Argentina dan Uruguay.
Selain itu, jumlah pemain bintang yang bermain di Euro lebih ramai berbanding Copa yang mana dalam setiap pasukan enam negara di atas, rata-ratanya dibarisi oleh pemain yang beraksi dengan kelab besar. Selain itu, pasukan kecil seperti Turki, Belgium dan Itali turut dibarisi pemain ternama.
Faktor lain ialah jumlah pasukan memainkan peranan dimana Euro disertai sebanyak 24 pasukan manakala Copa hanya disertai sebanyak 16 pasukan. Malah, Copa terpaksa menjemput pasukan dari benua lain bagi mencukupkan kuota. Ini antara sebab mengapa ramai berpendapat lebih mudah untuk menjuarai Copa berbanding Euro.
Baru-baru ini, pihak penganjur mengumumkan bagi aksi peringkat kalah mati Copa America, tiada masa tambahan akan dimainkan dan sekiranya keputusan terikat seri ketika masa sebenar, maka permainan akan terus dibawa ke penentuan sepakan penalti.
Perkara ini dianggap merendahkan lagi standard temasya Copa tidak akan menyajikan drama ketika aksi masa tambahan seperti mana yang berlaku dalam Euro kali ini. Akan tetapi, peraturan tambahan masa akan dipakai semula ketika perlawanan akhir.
Salah satu sebab mungkin ada kaitan dengan keadaan cuaca di Amerika Selatan. Menurut laporan suhu purata benua itu adalah sekitar 30 darjah Celcius dan mungkin pemain akan terkesan secara fizikal jika permainan berlangsung selama 120 minit.