Semalam tular di media sosial berhubung sebuah video yang memperlihatkan seorang pengusaha kantin ‘menyerang’ guru yang menjual pelbagai juadah makanan di kiosk sekolah pada setiap hari.

Kita sudah mendengar luahan dari sisi pengusaha kantin, kini giliran pelajar pula mempertahankan pendidiknya dengan mendedahkan realiti sebenar mengapa mereka lebih selesa beli di kiosk berbanding di kantin.

Memetik OhMedia, mereka berkongsi beberapa tangkap layar berkaitan individu yang dipercayai pelajar sekolah berkenaan dengan meluahkan punca kantin tidak dapat sambutan daripada pelajar dan lebih selesa beli di kiosk yang dikendalikan oleh cikgu.

Makanan tidak sedap dan mahal

Sumber Gambar: OhMedia

Bukan sahaja makanan tidak sedap, pelajar turut mendakwa makanan yang dijual dengan harga mahal dan tidak berkualiti.

Dalam pada itu, individu itu berkata kebersihan kantin juga tidak memuaskan sekaligus membuatkan pelajar hilang selera makan.  Lebih teruk lagi, mereka berkongsi ada yang menjumpai anak lipas dan rambut di dalam makanan yang dibeli.

Sumber Gambar: OhMedia

Pelajar turut mendakwa pengusaha kantin bersikap kedekut dan berkira dengan pelajar sekaligus timbul rasa kurang selesa.

Sumber Gambar: OhMedia

Ada yang mendedahkan bahawa mereka mengalami keracunan makanan selepas makan juadah yang dijual oleh pengusaha kantin tersebut.

Oleh sebab itulah mereka pilih untuk mengelak atau dalam istilah lain memboikot kantin dek kerana serik dengan layanan dan makanan yang ditawarkan daripada pengusaha kantin terbabit.

Murah dan Bersih

Sumber Gambar: TikTok

Sementara sebab mereka lebih selesa membeli di kiosk yang dikendalikan oleh pendidik kerana jauh lebih bersih dan yang paling penting harga mampu milik.

Difahamkan kiosk itu di bawah Program Tunas Niaga (Protune) untuk memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah.

Selain itu, petugas di kiosk berkenaan juga terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan mereka mendapat bayaran tertentu manakala cikgu tak menerima sebarang bayaran pun.