Malaysia sememangnya menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menjadi pilihan oleh masyarakat luar dimana negara ini menerima ratusan ribu bahkan jutaan pelawat setiap tahun.

Kepelbagaian dari segi masyarakat, makanan dan juga alam sekitar menjadi faktor mengapa pelancong dari luar negara menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan.

Baca Juga:

Baru-baru ini, salah seorang pengguna laman X dari Amerika Syarikat berkongsi pandangan beliau mengenai negara ini yang mana menurutnya Malaysia lebih baik berbanding beberapa negara lain.

“Pandangan mengenai Malaysia. Secara keseluruhan mereka boleh bercakap bahasa inggeris dengan baik, malah jauh lebih baik berbanding negara lain.

“Peniaga tempatan tidak mengenakan bayaran lebih terhadap pelancong. Anda bayar harga sama dengan rakyat tempatan. Di sini jauh lebih selamat, masyarakatnya boleh dipercayai.

“Mereka mengamalkam budaya kekeluargaan. Ada banyak taman yang penuh dengan kanak-kanak. Dari segi makanan, mereka sama taraf dengan bandar New York.

“Penjagaan kesihatan pula murah dan mudah untuk didapati. Doktor dan perawat boleh bercakap bahasa inggeris dengan baik,” katanya.

Baru-baru ini, Global Peace Index (GPI) telah mengeluarkan senarai negara paling aman dan juga negara yang berbahaya untuk dikunjungi.

Dalam statistik yang dikeluarkan baru-baru ini, Malaysia menduduki tangga ke-10 dalam ranking negara paling aman di dunia bagi tahun 2024.

Negara paling aman di dunia tahun ini jatuh kepada Iceland dan kemudiannya diikuti Republik Ireland di tangga kedua dan Austria di tangga ketiga.

New Zealand menduduki tangga keempat diikuti jiran negara kita iaitu Singapura di tangga kelima, Switzerland di tangga keenam, Portugal di tangga ketujuh, Denmark di tangga kelapan dan Slovenia di tangga kesembilan.

Kedudukan negara ini dalam senarai negara paling selamat mengukuhkan lagi untuk pelawat dari negara luar untuk mengunjungi negara ini pada masa akan datang.

Sebelum ini, dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Times Higher Education (THE), Malaysia muncul sebagai pesaing penting dalam bidang institusi pengajian tinggi, dengan jumlah institusi pendidikan yang tinggi iaitu sebanyak 351.

Pendedahan ini meletakkan Malaysia sebagai yang ke-9 tertinggi dari segi bilangan universiti di Asia dan ke-17 di peringkat global, satu pencapaian yang mengejutkan memandangkan saiz negara yang agak sederhana.