Setiap kali Nights of Fright dianjurkan, saya pasti tidak akan ketinggalan untuk mencuba ‘hype’ yang dibawa dan mahu mencabar diri dengan merasai sendiri rasa seram dibawa oleh Sunway Lagoon kepada pengunjungnya.

Sebelum berakhirnya Nights of Fright 8 (NOF8) pada 31 Oktober 2022, saya berkesempatan ke festival menyeramkan ini hujung minggu lalu. Bertemakan Werewolf, NOF8 ini hadir dengan 9 tarikan yang mempunyai tema berbeza dan pastinya bakal memberikan anda rasa seram tahap maksimum.

Baca Juga:

Bagi NOF8 kali ini, 9 rumah hantu yang boleh anda terjah adalah LYCAN, The Harvest, The Hotel Deville, LUCHA LIBRE in UV3D, Sharknado, Zombie Hunters, 99 Doors, Horrorwood Studios dan Blood Shed 2.

Secara jujur, ‘vibes’ di NOF8 kali ini cukup berbeza kerana di sepanjang anda berada di sana akan berasa seram sejuk kerana ‘asap spooky’ sentiasa ada dan lebih banyak hantu berkeliaran di sana.

Kesemua rumah hantu memiliki ‘vibes’ yang berbeza dan 3 daripada 9 rumah hantu terbaik pilihan saya adalah The Harvest, The Hotel Deville dan Zombie Hunters.

Bagi anda yang belum berkesempatan untuk ke sini, apa kata anda cabar keberanian anda bersama rakan-rakan sebelum ia berakhir pada 31 Oktober ini. Pastikan anda beli tiket ‘express lane’ untuk mengelakkan anda tunggu lama dan dapatkan tiket anda di sini.