OPPO A60 akhirnya diumumkam secara rasmi di Malaysia. Telefon pintar baharu ini menampilkan sejumlah ciri menarik termasuklah dari segi kosmetik mahupun spesifikasi dalamannya.

Walaupun berada di dalam kelas bajet, OPPO A60 berjaya mempamerkan prestasi yang cemerlang sepanjang tempoh kami diberikan untuk tujuan review. Anda boleh teruskan bacaan untuk ketahui lebih lanjut mengenai Oppo A60 yang baru diperkenalkan di dalam pasaran Malaysia.

Rekaan & paparan

Lebih Tahan Lasak Dan Serba Lengkap, OPPO A60 Ditawarkan Pada Harga Serendah RM699
Sumber Gambar: The Vocket

OPPO A60 ini tampil dengan rekaan kompak di samping memiliki binaan yang kukuh. Dengan berat sekitar 186g dan ketebalan hanya 7.8mm, ia menjadikan telefon pintar ini sangat ringan dan selesa di dalam gengaman tangan.

Selain kelihatan elegan, OPPO A60 tampil tahan lasak kerana memiliki ketahanan gred askar MIL-STD, yang mana terbukti di dalam tempoh percubaan kami apabila telefon ini pernah terjatuh beberapa kali malah terlanggar dinding bagaimanapun tiada calar atau kerosakan padanya.

Lebih Tahan Lasak Dan Serba Lengkap, OPPO A60 Ditawarkan Pada Harga Serendah RM699
Sumber Gambar: The Vocket

Ciri kalis air IP54 padanya juga menjadikan telefon pintar ini kalis percikan air atau hujan yang mana menambah ketahannya untuk kegunaan seharian.

Mengenai skrin pula, telefon pintar ini mempunyai tahap keterangan maksimum 950 nits sekaligus cukup memudahkan pelayaran walaupun di kawasan terbuka atau di bawah cahaya matahari. Ini merupakan satu penambah baikan signifikan untuk bahagian paparan model kali ini.

Ditambah sokongan refresh rate 90Hz, OPPO A60 mampu menawarkan pengalaman visual yang lancar tidak kiralah untuk melayari media sosial atau menonton video menerusinya.

Lebih Tahan Lasak Dan Serba Lengkap, OPPO A60 Ditawarkan Pada Harga Serendah RM699
Sumber Gambar: The Vocket

Sistem dual-speaker yang dibantu dengan Ultra Volume Mode, bakal memberikan hasil audio yang imersif dan jelas sekaligus lebih enjoy untuk menghayati musik atau filem menerusinya.

Kamera

Lebih Tahan Lasak Dan Serba Lengkap, OPPO A60 Ditawarkan Pada Harga Serendah RM699
Sumber Gambar: The Vocket

OPPO A60 ini dilengkapi dengan tetapan kamera yang verstail, termasuk kamera utama 50MP, kamera potret 2MP dan kamera hadapan 8MP. Walaupun kamera lensa yang ditawarkan agak biasa, hasilnya masih mengujakan terutatamnya di dalam sumber cahaya yang mencukupi.

Anda boleh lihat sendiri hasil gambar yang kami dapat menerusi telefon pintar OPPO ini. Kami cuma mendapati hasil gambar akan menjadi pecah dan kabur jika zum terlalu jauh sesuatu objek.

Lebih Tahan Lasak Dan Serba Lengkap, OPPO A60 Ditawarkan Pada Harga Serendah RM699
Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket
oplus_0
Sumber Gambar: The Vocket
oplus_32
Lebih Tahan Lasak Dan Serba Lengkap, OPPO A60 Ditawarkan Pada Harga Serendah RM699
Sumber Gambar: The Vocket
Lebih Tahan Lasak Dan Serba Lengkap, OPPO A60 Ditawarkan Pada Harga Serendah RM699
Sumber Gambar: The Vocket

Terdapat pelbagai ciri menarik yang disertakan untuk fotografi seperti Potrait Mode dan AI Retouching yang mampu menambah baik kualiti gambar secara langsung.

Pada kali ini, Oppo juga ada menyediakan ciri Dual View yang mana membolehkan anda merakam dengan menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak yang mana sangat bagus untuk pencipta konten.

Prestasi

Lebih Tahan Lasak Dan Serba Lengkap, OPPO A60 Ditawarkan Pada Harga Serendah RM699
Sumber Gambar: The Vocket

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 dengan ColorOS 14 Trinity Engine, OPPO A60 berjaya menampilkan prestasi yang cemerlang di dalam pengunaan seharian yang kasual. Kami sudah mencuba dalam pelbagai senario seperti bermain games atau menyunting video menerusi Capcut di mana tampil lancar pengoperasiannya.

Telefon pintar ini hadir dengan memori 8GB RAM LPDDR4 dan storan sehingga 256GB UFS 2.2 yang mana sangat cukup buat pengguna kasual.

Bateri

Lebih Tahan Lasak Dan Serba Lengkap, OPPO A60 Ditawarkan Pada Harga Serendah RM699
Sumber Gambar: The Vocket

Bateri 5000mAh disertakan pula boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan pantas 45W. Dengan bateri sebegitu besar, anda boleh mengharungi seharian dengan tenang sahaja.

Malah, anda boleh mengecas telefon pintar ini sepantas 50% dalam masa 35 minit sekaligus sangat membantu jika kalau anda perlu menambah baki bateri dalam kadar segera di hari yang sibuk.

Perlukah anda dapatkan telefon pintar ini?

Lebih Tahan Lasak Dan Serba Lengkap, OPPO A60 Ditawarkan Pada Harga Serendah RM699
Sumber Gambar: The Vocket

Dengan harga di bawah RM1,000, telefon pintar ini mampu memenuhi keperluan seharian anda di dalam pelbagai aspek. Secara dasarnya, OPPO A60 lengkap dengan binaan yang tahan lasak, skrin paparan yang jelas dan responsif, kamera serba boleh serta ketahanan bateri sepanjang hari.

Pada hemat kami, OPPO A60 memang berbaloi untuk didapatkan buat pengguna kasual yang mahukan sesebuah peranti yang serba lengkap dan tahan lasak.

Anda yang berminat boleh dapatkan OPPO A60 berharga RM699 di laman rasmi OPPO atau menerusi pengedar rasmi di seluruh Malaysia.